permainan tradisional batu seremban

Permainan tradisional

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.



Permainan Batu Seremban
Pengenalan


Batu Seremban juga dikenali sebagai permainan Selambut atau Serembat. Sering dimainkan di waktu lapang.Permainan ini dimainkan oleh kanak-kanak perempuan sama ada secara individu atau berpasangan. Ianya dimainkan secara berkumpulan seramai dua hingga empat orang atau lebih.

Biasanya ia menggunakan guli kaca, biji getah, ketul batu yang kecil atau ketulan-ketulan objek lai berbentuk bulat. Bilangan yang biasa digunakan sebanyak lima biji. Objek-objek ini dikenali sebagai buah.





Cara Bermain

Dalam bermain Batu Seremban ini terdapat beberapa peringkat atau cara sambutan buah yang berlainan. Bermula dengan peringkat pertama yang mudah dengan menggunakan sebiji buah yang dinamakan sebagai buah satu hinggalah kepadaperingkat lebih tinggi atau peringkat yang teratas dinamakan buah tujuh.

permainan tradisional gasing

permainan tradisional


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.


Permainan Gasing






Pengenalan



Gasing popular di Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutama di Kelantan. Terdapat pelbagai jenis gasing di Malaysia seperti gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang. Kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan.



Cara Bermain Permainan Gasing

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.

Gasing pinang pula dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu.

Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.

pemainan tradisional sepak raga

pemainan tradisional

Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

Permainan sepak Raga


Pengenalan

Permainan sepak raga telah sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka. Pada masa itu permainan ini dimainkan oleh golongan bangsawan.Rakyat Biasa juga menggemari permainan ini. Pada masa sekarang sepak raga lebih dikenali dengan nama sepak takraw. Ia bukan hanya dimainkan oleh orang Melayu sahaja tetapi bangsa-bangsa lain, malah telah dikenali di seluruh.
Bola sepak raga diperbuat daripada bilah-bilah rotan yang dianyam bulat seperti raga sebesar isi buah kelapa dua atau tiga lapis.

Cara Bermain

Permainan ini dimulakan dengan salah seorang pemain melambung bola kepada rakannya dengan tangan. Rakannya itu akan menimang bola itu dengan kakinya sekali atau beberapa kali, sebelum menendangnya ke arah pemain lain. Pemain-pemain yang membentuk lingkungan atau bulatan itu mestilah bergilir-giliran menimang bola itu dan mengawalnya supaya tidak jatuh ke bumi. Jika bola itu jatuh, permainan dalam pusingan tersebut ditamatkan.

permainan tradional congkak

Permainan tradional


Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moyang kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragaman cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di antara permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek kita sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan itu termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.





Pengenalan



Permainan congkak ialah sejenis permainan Melayu tradisional yang digemari oleh kaum wanita dan kanak-kanak. Permainan ini memerlukan dua orang pemain.Alatan yang digunakan dalam permainan ini adalah papan congkak dan buah congkak. Kadang-kadang sebagai ganti papan congkak, lubang-lubangnya dibuat di atas tanah. Sementara biji-biji congkak pula ialah guli-guli kaca, buah getah, biji saga, batu-batu kecil dan sebagainya. Setiap papan congkak hanya boleh dimainkan oleh dua orang sahaja.

Papan congkak mengandungi 14 lubang yang dipanggil "kampung". Terdapat dua lubang besar di setiap hujung papan congkak. Lubang ini dipanggil "rumah".







Cara
-cara Bermain Congkak


a)Permainan ini dimulakan serentak dengan memasukkan sebiji "buah" ke dalam setiap "kampung" sendiri dan seterusnya masukkan ke dalam "rumah". Seterusnya "buah" hendaklah dimasukkan ke dalam "kampung" lawannya. Jika ia singgah di kampung lawan yang tidak ada buah ia dikira mati.
(b) Jika buah terakhir singgah di kampung lawan yang mempunyai buah, maka ia boleh meneruskan permainan.
(c) Jika ia mati di kampung sendiri, bertentangan dengan kampung lawan yang mempunyai buah, ia berhak mengambil buah lawannya itu.
(d) Sekiranya ia mati di kampung sendiri setelah melalui kampung lawan dan didapati di kampung lawan tidak ada buah, maka ia mati dalam kerugian.
(e) Di akhir permainan buah hanya tinggal beberapa biji sahaja dalam kampung masing-masing. Mereka dikehendaki berjalan tapak secara serentak menuju ke arah rumah masing-masing. Sekiranya salah seorang kehabisan buah dalam kampung ianya dikira kalah

folio permainan tradisional malaysia wau

sejarah wau


Perkataan “wau” dikatakan berasal dari perkataan Thailand memandangkan negeri seperti Kelantan, Terengganu, Perlis dan Kedah menggunakan perkataan tersebut.

Perkataan layang-layang pula digunakan di kebanyakan negeri-negeri seperti di Pantai Barat dan Selatan Semenanjung Malaysia seperti Selangor, Melaka dan Johor. Ini dapat dibuktikan menerusi catatan Tun Seri Lanang yang menyatakan bahawa Raja Ahmad bermain layang-layang bersama pemuda-pemuda serta kerabat DiRaja, dan tidak pula disebut bermain wau.

Selain itu kemunculan nama wau juga dikaitkan bunyi yang terhasil daripada busur yang diikat pada wau. Apabila dinaikkan ke udara, daun ibus yang dipasang pada busur tersebut akan menghasilkan bunyi “wau’, “wau’, “wau’ secara berirama.

Permainan layang-layang atau wau amat digemari oleh penduduk-penduduk kampung. Permainan ini dimainkan semenjak lebih 500 tahun yang lalu. Wau masih digemari dan dimainkan di kawasan-kawasan seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Musim bermain wau adalah buluh yang diraut halus yang ditampalkan dengan kertas berwarna mengikut bentuk rangka. Wau bukan sahaja dimainkan tetapi dipertandingkan yang dititikberatkan ialah kecantikan rupa, kemerduan bunyi dan tinggi serta keindahan naiknya.

Permainan wau atau pun lebih dikenali layang-layang suatu ketika dahulu lebih popular di kawasan pedalaman seperti di kawasan pantai dan kawasan lapang seperti di padang, sawah padi dan sebagainya.

Kini permainan tersebut telah mulai popular dan diminati oleh pelbagai kaum termasuklah mereka yang menetap di kawasan bandar. Bukan itu sahaja, ia telah diperkenalkan hingga ke peringkat antarabangsa seperti di Pasir Gudang Kite Festivals International Guests yang diadakan pada setiap tahun. Sambutan festival ini juga sangat memberangsangkan terutamanya peserta dari luar negara.

Sejarah Wau Malaysia

Kedatangan permainan wau di Malaysia tidak dapat dipastikan kesahihan tarikh serta asal-usulnya. Walau bagaimanapun menurut sejarahwan Clive Hart, layang-layang di Malaysia berasal dari negara China. Ini kerana rekabentuk serta karektor mempunyai persamaan dengan layang-layang tradisional dari negara China.

Layang-layang pada masa dahulu menggunakan daun kayu yang lebar. Kemungkinan evolusi layang-layang di Malaysia juga turut menyerap unsur-unsur kebudayaan dari negara China.

Mitos Permainan Wau

Permainan wau dikaitkan dengan mitos ‘Semangat Padi’ yang berasal dari utara Semenanjung Malaysia iaitu di negeri Kedah.

Diceritakan bahawa ada sepasang suami isteri di negeri tersebut yang bekerja sebagai petani di sebuah kaki bukit dengan menanam padi huma. Ketika mereka sedang menanam padi, mereka terjumpa seorang bayi perempuan lalu dipeliharanya bayi tersebut sehinggalah dewasa. Oleh kerana suaminya ingin mengucapkan syukur dan terlalu menyayangi anak gadisnya itu maka beliau selalu membawakan makanan ke tempat anak gadisnya bermain iaitu di baluh padi.

Perbuatan suaminya itu telah menyebabkan sang isteri merasa sangat cemburu. Disebabkan perasaan cemburunya itu dia telah menyiksa anak gadisnya sehingga melarikan diri mengikut arah mata angin barat. Akibatnya, pada tahun itu juga padi yang telah dikerjakan tidak menjadi. Menurut Tok Nujum yang ditemui menyatakan bahawa anak gadis mereka sebenarnya adalah ‘Semangat Padi’ dan menasihatkan petani tersebut sebagai tanda meminta maaf mereka dikehendaki membuat sebuah lembaga yang menyerupai Wau Bulan dan diterbangkan menggunakan tali jerami.

Jenis-jenis Wau.

bulan

Wau Bulan

cat

Wau kucing

daun

Wau daun

helang

Wau helang

Jalabudi

Wau Jalabudi

kenyalang

Wau kenyalang

merak

Wau merak

puyuh

Wau puyuh

kikik

Layang-layang

Bahagian Perincian Wau

Terdapat lima komponen asas bagi sebuah wau tradisional iaitu terdiri daripada kepala wau, busur atau dengung, sayap wau, torek atau bahagian pinggang dan ekor wau.


Teknik Pembuatan Wau Tradisional


Antara bahan-bahan mentah yang diperlukan untuk membuat wau ialah buluh, kulit rotan, gam daripada pokok kayu dan lain-lain keperluan yang bersesuaian untuk menghasilkan sebuah wau. Selain daripada itu, kepakaran dan kemahiran juga merupakan aspek utama untuk menghasilkan sebuah wau yang bermutu seperti kepakaran dalam pemilihan bahan mentah, kemahiran kraftangan serta pengetahuan di dalam bidang aerodinamik. Bagi memastikan wau yang akan dihasilkan mempunyai kualiti, bahan mentah seperti buluh terutamanya perlu dipilih dengan lebih teliti. Oleh itu terdapat beberapa petua serta pantang-larang yang terlibat semasa ingin menebang dan menyimpan buluh tersebut.

Petua dan Pantang Larang Pemilihan Buluh Mencari dan Menebang Buluh


1. Rumpun buluh mestilah di kawasan yang tinggi dan lapang, bukan di dalam semak atau dusun.
2. Pilih buluh yang kelihatan kering, seelok-eloknya di tengah rumpun.
3. Jangan tebang buluh yang mempunyai pucuk muda kerana buluh tersebut mempunyai banyak kanji dan mudah diserang serangga perosak.
4. Buluh yang condong ke arah matahari naik adalah lebih baik kerana mempunyai semangat yang kuat menurut kepercayaan orang tua-tua.
5. Keadaan cuaca kering dan panas adalah sangat sesuai untuk menebang buluh seperti di waktu tengahari.
6. Jika menebang buluh pada waktu pagi, pastikan penebang menindih bayangnya.
7. Sebelum menebang buluh, digalakkan membaca doa dan selawat terlebih dahulu
8. Adalah lebih baik buluh yang sudah ditebang dipotong di situ juga.
9. Petua orang tua-tua di Kelantan pula semasa membawa balik buluh yang sudah ditebang, akan meninggalkan pesan kepada Sang Bubuk iaitu, “Wahai Sang Bubuk, hak aku tinggal ini adalah hak mu, hak aku wat kelik ni ialah hak aku, mu tok sah ikut akulah, mu make hok sini”.


Penyimpanan Buluh Buluh akan disimpan dahulu sekurang-kurangnya setahun sebelum diraut menjadi rangka wau. Biasanya tempat penyimpanan mestilah tinggi untuk mengelakkan buluh daripada dilangkah manusia. Antara petua-petua yang digunapakai untuk memastikan buluh tersebut tahan dan kuat ialah :-

1. Buluh disimpan di dalam paya atau direndam di dalam selut.
2. Buluh ditanam di dalam pasir dan dinyalakan unggun api di atasnya selama satu jam.
3. Menyalai kepingan buluh pada bara api.

Meraut Buluh Buluh perlu diraut untuk membuang bahagian-bahagian yang tidak diperlukan seperti ruas dan kulit. Selain itu tujuannya adalah untuk memberi keseimbangan pada bentuk dan berat bahagian sayap wau. Pisau khas digunakan untuk meraut dan mestilah benar-benar tajam bagi memastikan kerja-kerja tersebut dapat dijalankan dengan mudah dan mengelakkan daripada kesilapan. Antara bahagian buluh yang perlu diraut adalah seperti :-

1. Bahagian tulang belakang diraut sehingga 1.0 sentimeter dengan kadar lembut dan sederhana keras.
2. Bahagian bilah sayap di kedua-dua bahagian diraut sehingga 1.5 sentimeter dan semakin halus di hujung bilah tersebut iaitu sebesar lidi kelapa.
3. Bahagian ekor yang mempunyai dua bahagian juga perlu diraut sehingga 0.5 sentimeter.
4. Raut bilah-bilah buluh untuk bahagian pinggang dan bulatan berbentuk bulan. Rautan di bahagian tersebut adalah lebih nipis dan bersaiz kecil 0.5 sentimeter untuk memudahkan ia dibentuk.
5. Selepas semua buluh diraut, proses seterusnya ialah semua bilah tersebut akan digosok pula dengan kertas pasir.

Membuat Bingkai Bingkai wau terdiri daripada beberapa bahagian utama iaitu tulang belakang, tulang rentas sayap, rangka sayap dan rangka ekor. Buluh yang sudah diraut akan dipotong mengikut ukuran wau yang dikehendaki iaitu dua keping buluh untuk sayap, satu keping untuk tulang belakang dan dua keping lagi untuk rangka ekor. Kepingan buluh yang hendak dibuat sayap perlulah diseimbangkan dengan menandakan di tengah-tengah kepingan buluh.


Proses Mengikat Rangka Bingkai Wau


1. Tulang belakang wau diukur kepada 3 bahagian dan kemudiannya ditanda 3 bahagian tersebut.
2. Bahagian sayap wau akan diikat terlebih dahulu
3. Sayap yang sudah diikat akan diikat pula pada tulang belakang
4. Ikat di bahagian atas dan bawah ekor pada tulang belakang. Pastikan bahagian tersebut seimbang di kedua-kedua belah.
5. Cantumkan hujung bahagian ekor kemudian tautkan pada hujung bahagian sayap
6. Untuk bahagian pinggang terutamanya jenis wau bulan, kepingan buluh ditaut membentuk separa bulatan pada bahagian sayap dan ekor wau. Seterunya kepingan buluh yang diraut lebih nipis dibentuk menjadi bulatan untuk diikat di tengah pinggang wau. Saiznya ditentukan dengan mengikut nisbah iaitu bersamaan dengan keluasan kepala wau.
7. Proses terakhir ialah membuat kepala wau iaitu dengan mengikat separuh daripada kepala wau dengan sayap dengan jarak 2 inci dari tulang belakang.


Proses Memasang Tanah Wau


Setelah bingkai wau siap, satu lapisan asas yang dipanggil ‘tanah’ akan dipasang pada wau. Tujuannya supaya wau tersebut tahan lasak kerana sifat utama kertas tersebut lebih kenyal dan tidak ditembusi angin. Pemasangan melibatkan beberapa langkah :-

1. Ukur kertas dengan saiz bingkai.
2. Kemudian kertas ditanda dengan pensil dan perlu dilebihkan dua sentimeter dari rangka bingkai.
3. Potong kertas wau tersebut dan lebihan tadi dipotong dalam bentuk ‘V’.
4. Lekatkan kertas pada bingkai dengan menggunakan gam kanji.


Mengukur, Melukis dan Menyobek Corak



Ukiran lukisan pada badan wau adalah antara elemen utama yang menjadikan wau tersebut unik dan istimewa. Antara langkah-langkah yang terlibat :

1. Lipat empat kertas warna untuk bahagian sayap, dan lipat dua untuk bahagian ekor.
2. Mulakan melukis dari bahagian dada sehingga ke hujung sayap dengan mengosongkan satu ruang kosong untuk ruang tapak kijang, bagi bahagian ekor pula, corak yang hendak dilukis mestilah sama dengan corak di bahagian sayap.
3. Corak perlu dipotong menggunakan pisau tajam khas dan corak ini menjadi corak asas bagi wau.
4. Corak akan ditampal pada kertas warna lain, biasanya warna emas dengan menyapu gam di belakang kertas corak. Gam perlu dicampur dengan air terlebih dahulu untuk elakkan daripada berkedut. Kertas bercorak akan diletakkan di atas kain lembap. Kertas berwarna diletakkan perlahan-lahan ke atas kertas corak dan kemudiannya diratakan dengan menggunakan seterika panas di atas kain lembap tadi.
5. Potong semula corak yang hendak disobek dan tampal sekali lagi dengan kertas berlainan warna sehingga siap sepenuhnya.
6. Tampal ukiran sobek tadi pada tanah wau dengan hanya menyapu gam kanji pada bahagian tepinya sahaja.

Bahagian yang tidak lekat dikemaskan dengan menyapu gam menggunakan berus lukisan. Bagi wau hiasan akan ditampal kertas hiasan di belakang wau untuk menutup kecacatan iaitu kerangka buluh dan tulang rentas sayap wau. Berlainan pula dengan wau yang hendak diterbangkan mestilah menggunakan kertas yang tidak menyerap air. Selain itu, belakang wau tersebut tidak ditampal kertas hiasan dan ukiran sobek hanya mempunyai tiga atau empat lapis sahaja berbanding dengan wau hiasan yang mempunyai sehingga lapan warna.


Proses Membuat Serta Memasang Jambul atau Rambu


Jambul atau rambu dipasang dengan dililitkan pada rangka ekor atau sayap wau. Diperbuat daripada kertas ‘crepe’ yang dipotong dengan gunting secara memanjang untuk membentuk rambu.

Proses Membuat Serta Memasang Belalai

Menggunakan bahan yang sama dengan jambul tetapi dipasang pada kepala wau. Wau tradisional mempunyai keunikannya yang tersendiri. Warisan tradisional ini haruslah dikekalkan kerana ia adalah identiti budaya bangsa Melayu dan juga sebuah negara. Kini permainan wau mulai popular di kalangan masyarakat bandar dan tidak lagi terhad di luar bandar sahaja. Bukan itu sahaja, permainan wau ini juga telah dimodenkan dan mula memasuki peringkat antarabangsa. Selain wau, layang-layang juga amat diminati sebagai salah satu aktiviti pada waktu terluang.


Cara bermain wau. Kawasan yang sesuai.


Wau hendaklah dimainkan di kawasan yang lapang seperti di tepi pantai, di kawasan sawah padi atau di padang kawasan tepi pantai merupakan kawasan yang paling sesuai untuk menerbangkan wau. kawasan yang tidak sesuai bermain wau ialah dikawasan yang tidak lapang, banyak bangunan, pokok, tiang elektrik atau tiang telefon.

3 unsur yang mempengaruhi kenaikan wau Tekanan angin Apabila tekanan angin di permukaan wau semakin kuat, maka kemampuan untuk naik tinggi semakin meningkat.

Daya tarikan graviti

Tarikan graviti ialah daya yang menarik wau ke bawah.

Daya seretan.

Wau akan mengundur ke belakang apabila permukaan wau mendapat tekanan yang tinggi. Hal ini akan mewujudkan daya seretan. Permainan wau tradisional Melayu adalah dimainkan menggunakan satu tali sahaja. Penggunaan satu tali membolehkan wau ini mudah diterbangkan dan dikawal. Terdapat dua cara melancarkan atau menaikkan wau iaitu, pelancaran jarak dekat dan pelancaran jarak jauh. Tali yang digunakan adalah tali tangsi.

Teknik menaikkan wau jarak dekat.

Teknik ini sesuai bagi wau yang bersaiz kecil dan ringan. Hanya seorang sahaja diperlukan untuk melancarkan teknik ini. Pemain berdiri membelakangkan angin. Sebelah tangan pemain akan memegang badan wau dan dihadapkan ke arah angin. Sebelah lagi tangan memegang gelung tali. wau dilepaskan perlahan-lahan sehingga wau naik tinggi ke udara.

Mengawal penerbangan

Tiupan angin yang tidak meneru menyebabkan pemain perlu mengawal penerbangan wau. Mengawal penerbangan wau penting untuk mengelakkan wau jatuh ke tanah atau mengelakkan tali wau terputus. Terdapat dua kemungkinan tiupan angin, iaitu angin beriup lemah dan angin bertiup kuat. Apabila angin bertiup lemah, pemain mesti menggulung tali wau supaya wau tersebut tidak jatuh ke tanah.

Teknik menurunkan wau.


Menurunkan wau memerlukan dua pemain, iaitu seorang penarik tali dan seorang lagi penggulung tali. Penarik tali ialah orang yang menarik talu wau manakala penggulung tali ialah orang yang menggulung tali wau yang telah ditarik oleh penarik tali. Permainan wau laga merupakan perlawanan memutuskan tali wau pihak lawan. Ia memerlukan kepantasan, tumpuan dan kemahiran yang tinggi. Bahagian tali wau ini disalut dengan serpihan kaca halus.



PENGHARGAAN

Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan sumbangan dalam usaha menghasilkan kerja kursus ini. Penghargaan dan ucapan terima kasih yang khusus saya tujukan kepada: Guru subjek sejarah Tingkatan 3, Nama Guru Beliau telah menolong saya sejak mula menerima tugasan daripada pihak sekolah. Banyak nasihat dan bimbingan yang diberikan kepada saya selama saya melaksanakan tugasan ini. Oleh itu, saya amat berterima kasih kepada beliau. Jasanya cukuplah besar. Orang sumber yang saya temu bual, Encik. Encik ialah orang sumber yang saya temu bual. Beliau memang mahir berkenaan permainan wau. Beliau yang bekerja sebagai pegawai kerajaan dan mempunyai pengalaman dalam permainan tradisional ini kerana beliau pernah terlibat dalam penganjuran pertandingan wau kebangsaan di Terengganu. Ibu Bapa saya, Kedua-dua orang tua saya telah banyak mengeluarkan biaya untuk saya membeli bahan-bahan. Bapa saya menyediakan pengangkutan percuma untuk kami pergi ke perpustakaan. Bapa saya mempunyai kereta persendirian. Jadi mudahlah saya bergerak untuk mengumpul sumber-sumber yang saya perlukan. Selain itu, kos penggunaan internet juga di bawah tanggungan mereka.

OBJEKTIF KAJIAN

Kajian ini dapat memperkaya pengalaman hidup saya terutama mengajar saya kemahiran berkomunikasi dengan orang lain. Saya perlu cekap mendengar dan mencatat perbualan rakan-rakan dengan tokoh yang ditemu bual. Saya juga mendapat pendedahan tentang persediaan yang perlu dibuat sebelum menjalankan sesi temu bual. Kajian ini membolehkan saya mengetahui kepelbagaian permainan tradisional yang dimiliki serta asal-usul sesuatu permainan tradisional. Saya juga dapat mengetahui secara dekat peraturan permainan, tujuan permainan dan peralatan yang digunakan. Maklumat ini sangat penting kepada generasi muda seperti saya untuk mengetahui kekayaan khazanah budaya negara Malaysia khususnya dalam permainan tradisional.


KAEDAH KAJIAN


Kaedah menebual orang sumber. Sebelum kaedah ini dilaksanakan, saya telah meneliti kehendak tugasan. Kemudian saya telah membina soalan. Saya juga mendapatkan pandangan guru pembimbing. Setelah beliau berpuas hati, barulah saya pergi ke rumah orang sumber untuk menjalankan sesi temu bual. Saya telah mencatat, merakam dan mengambil gambar. Kaedah Penyelidikan Perpustakaan. Saya telah membuat kunjungan ke Perpustakaan Awam Wilayah Tawau. Saya cuba mencari buku-buku ilmiah yang berkaitan dengan permainan tradisional. Saya telah membuat fotocopy pada bahagian yang mengandungi bahan-bahan yang releven dengan tugasan kami untuk dibawa balik dan dibaca isi kandungannya. Kaedah Melayari Internet. Saya telah menggunakan kemudahan internet di sekolah untuk melayari laman web yang memaparkan artikel berkenaan permainan tradisional. Kami berjaya mendapatkan alamat laman web berkenaan daripada laman web carian Google dan Yahoo. Terdapat banyak maklumat yang ditemui dan kami telah memuat turun bahan-bahannya untuk dijadikan rujukan. Guru komputer telah mengajar kami cara untuk muat turun bahan tersebut.

contoh folio sejarah sekolah .....................

senarai kandungan

  1. penghargaan
  2. pendahuluan
  3. objektif kajian
  4. kaedah kajian
  5. hasil kajian
  6. rumusan
  7. lampiran
  8. rujukan






penghargaan




saya- nama -dari tingkatan -kelas-ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam membantu saya menyiapkan dan menjayakan kerja kursus sejarah ini .Pertamanya ,saya ingin menggucapkan terima kasih kepada kedua ibu bapa iaitu En. (nama bapa) dan Pn. (nama ibu) yang telah memberi saya dorongan dan bantuan serta mengeluarkan pembelanjaan untuk menjalankan kajian ini .Kedua, terima kasih kepada diucapkan kepada guru sejarah saya iaitu(guru kelas) yang telah memberi saya tunjuk ajar dan bimbingan dalam merancang dan melaksanakan kerja kursus ini .akhir sekali ,ribuan terima kasih diucapkan kepada rakan-rakan kerana telah memberi bantuan dan dorongan sepanjang kajian ini dilaksanakan dan disiapkan




pendahuluan






objektif kajian


* Saya dapat mengenali dan memahami sejarah perkembangan sekolah dari mula ianya ditubuhkan sehinggalah sekarang.

* Saya dapat mengenali nama,lambang,logo,lagu,visi,misi,dan sebagainya yang ada kaitan dengan sekolah.

* Selain itu,saya dapat menguasai kemahiran mencari,mengumpul,merekod,dan menganalisa maklumat mengenai sekolah.

* Melalui kajian ini,dapat memupuk rasa bangga dan cinta terhadap sekolah.

* Seterusnya dapat mengamalkan nilai murni yang diwarisi bersama warga sekolah yang lain.


kaedah kajian


1. Keadah menemu bual orang sumber

Saya telah menemu bual dua orang sumber yang menpunyai pengatuhuan

tentang sejarah sekolah.Beliau sudi berkongsi maklumat dengan saya

2. Kaedah buku/majaalah teras sekolah

Saya telah membuat rujukan dari majalah rasmi sekolah dan bahan-bahan

bercetak yang lain yang pernah diterbitkan oleh pihak sekolah

3. Kaedah analisis

Semua data dan maklumat yang diperolehi daripada orang sumberdan segala

bahan akan dianalisis terlebih dahulu.segala maklumat adlah tepat ,tidak

berlaku percanggahan dan pemalsuan fakta tentang fakta sekolah

4. Kajian penyelidikan pusat sumber sekolah

Saya membuat rujukan daripada buku ilmiah ,akbar dan majalah di pss yang

telah membantu saya menyiapkan kerja kursus ini .

5. Pemerhatian sekeliling sekolah

Saya telah membuat pemermahatian di sekitar kawasan sekolah dan

merakamkan beberapa keping gambar keadaaan sekolah yang terkini yang

boleh dibandingkan dengan keadaan asal sekolah ketika ini mula ditubuhkan


hasil kajian


  1. (visi )
  2. (misi)
  3. (budaya sekolah)
  4. (piagam sekolah )
  5. (falsafah sekolah )
  6. lencana sekolah dan makna
  7. lagu sekolah
  8. latar belakang sekolah
  9. kemudahan asas yang disediakan '
  10. sejarah penubuhan pendidikan khas
  11. sejarah pibg sekolah
  12. pelan kedudukan blok
  13. bendera sekolah dan makna
  14. kedudukan sekolah di peta
  15. biodata pengetua dan guru

rumusan

Setelah bertungkus-lumus ,akhirnya kajian ini dapat disiapkan dalam tempoh masa yang ditetapkan .banyak yang dapat dipelajari daripada kajian yang telah dilaksanakan .melalui kajian ini ,saya berbangga kerana bersekolah di sekolah menengah kebangsaan (mana -mana) ini kerana;

* Mempunyai tenaga pengajar yang mencukupi dan berwibawa .peranan guru sangat penting bagi memastikan kejayaan intitusi sekolah sebagai pemangkin budaya ilmu dikalangan pelajar dan marsyarakat.

* Sentiasa mengenang dan menghargai jasa guru dan orang lain yang sama sama berusaha membentuk generasi berilmu untuk membangunkan bangsa dan negara.

* Mengetahui dengan lebih mendalam mengenai sejarah sekolah .ini dapat menanam rasa setia dan bangga dengan identiti sekolah seterusnya meyedari bahawa mengekalkan kemegahan dan kecemerlangan sekolah merupakan tanggungjawap bersama semua pihak

* Sekolah ini juga menyediakan pelbagaikan pelbagai kemudahan yang mencukupi dan selesa untuk semua warga sekolah sepatutnya merasa bersyukur dan memanfaatkan segala kemudahan yang disediakan sebaik mungkin

* Sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian diri dari aspek akademik ,kokurikulum dan sebagainya untuk meningkatkan imej sekolah di mata marsyarakat

* Sekolah ini adalah sekolah yang terdiri daripada pelbagai kaum seperti melayu,cina,india dan sebagainya .Ini memberi peluang kepada semua pelajar bersama-sama menjalankan hubungan yang erat dan mesra ke arah mencapai tujuan dan maklamat perpaduan nasional.


lampiran


(gambar sekolah )