penghargaaan
pendahaluan
tajuk
biodata penulis
kaedah kajian
isi kandungan(dibawah)
penutup
kesimpulan
Tajuk novel: PAPA...(akhirnya kau tewas jua!)
Pengarang : Deana Yusof
Biodata Pengarang:
Nama sebenar Deana Yusof ialah Norhaiza binti Yusof yang dilahirkan
pada 3 Mac 1957 di Kepong, Selangor. Beliau memperoleh pendidikan
awal di Sekolah Menengah Kampung Baru, Kuala Lumpur.Seterusnya,
melanjutkan pelajaran di Universiti Teknologi MARA di Shah Alam,
Selangor.
kini, Deana merupakan suri rumahtangga sepenuh masa dan menjadi
penulis di Pekan Ilmu Publications. Beliau, berazam menulis sebuah
novel setahun kerana lebih mementingkan kualiti karya daripada
kuantiti.
SINOPSIS NOVEL PAPA
Cerita bermula pada suatu petang, ketika Intan Julia perasan akan
kemesraan papa dengan mama.Mak cik Noraini, pembantu rumah
mereka menyediakan minuman petang. Ju berasa kagum tetapi
jengkel melihat kehangatan hubungan tersebut meskipun mereka
sudah lama mendirikan rumahtangga.
mak cik Noraini sering bercerita tentang sejarah percintaan mama dan
papa Juliana. Perbualan mereka terputus tatkala papa memberitahu
Juliana bahawa mamanya sedang mengandung anak yang
kedua.Mendengar berita tersebut, membuatkan hati mak cik Noraini
bimbang. Malah rakah-rakan Intan Marliana juba bimbang risiko yang
bakal dihadapi oleh Intan Marliana memandangkan mama pernah
mengalami komplikasi yang teruk tatkala melahirkan Juliana.Namun,
kedegilan Intan Marliana untuk membuktikan kasihnya kepada papa,
beliau bertekad untuk meneruskan kandungannya dan pasrah kepada
Tuhan.Hal ini demikian kerana, papa memang sudah lama teringin
menimang cahaya mata kedua.
Di dalam kereta, Cikgu Suzie mengingatkan Intan Marliana tentang
risiko yang bakal dihadapi oleh sahabatnya itu. Namun Intan Marliana
tetap dengan pendiriannya untuk terus mengandung dan melahirkan
cahaya mata demi cintanya yang mendalam kepada Jefri. Julia yang
mendengar perbualan tersebut perasan akan perubahan air muka
mamanya. Hal ini menyebabkan Julia ingin tertanya-tanya dan
mencari jawapan daripada mak cik Noraini. Makcik Noraini
menceritakan sejarah kelahiran Julia yang tidak cukup bulan dan
keadaan mamanya yang pengsan serta betapa susahnya untuk
menjaga Ju.
Memandangkan Intan Marliana mengandungkan anak kembar, maka
Jefri menyediakan dua buah katil buat bakal bayi mereka. Intan
Marliana dibawa ke Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia tatkala
saat melahirkan tiba.Doktor memaklumkan bahawa mama perlu
menjalani pembedahan kerana komplikasi terhadap kandungannya
itu.Akhirnya, bayi kembar lelaki yang melekat dari bahagian kepala
hingga punggung dilahirkan melalui pembedahan. Namun, tidak
panjang umurnya dan meninggal dunia. Manakala Intan Marliana pula
koma akibat kehilangan banyak darah.Kembar tersebut dinamakan
Ahmad dan Muhammad.
Kesedihan menyelubungi keluarga mereka lantaran anak yang dinantinantikanpergi menyahut seruan Ilahi. Jefri menggantikan tempat
Intan Marliana menguruskan kehidupan dan tidak jemu-jemu menjaga
dan mendoakan agar isterinya pulih seperti sediakala. Ketika di
rumah, Ju menatap foto-foto lama milik mama dan papa sambil
membayangkan kisah mereka semasa usia muda. Sepucuk surat yang
pernah dikirimkan oleh papa kepada mama dibaca.Melalui surat itu, Ju
mengetahui betapa tingginya kasih sayang papa terhadap mama.
Juliana pula kian dewasa dan rapat dengan Rasylan, rakan sekolahnya.
Papa benar-benar menentang akan hubungan tersebut
memandangkan Rasylan merupakan anak angkat yang status
keturunannya serta asal-usulnya tidak diketahui.Ju dan Rasylan
memperoleh keputusan cemerlan dalam SPM dan berjaya melanjutkan
pelajaran di Pusat Matrikulasi, Universiti Islam
Antarabangsa(UIA).Dalam masa yang sama, papa mula rapat dengan
pelajar beliau yang bernama Aishah. Aishah, sentiasa mengambil berat
dan memberi perhatian kepada papa menyebabkan hubungan mereka
menjadi rapat. malah ,Ju telah beberapa kali terserempak mereka
berbual-bual di kedai makanan segera.
Hakikatnya, papa mula tertarik kepada Aishah dan ingin
memperisterikannya. Hasrat hatinya disuarakan kepada mak cik
Noraini. Perbualan tersebut telah didengari oleh Ju dan bermula konflik
antara mereka kerana Ju berasa kurang senang dengan hasrat papa
yang ingin berkahwin lagi. kata-kata Ju menimbulkan kemarahan
papa. Ju juga telah ditampar oleh papa. Akhirnya konflik tersebut
dapat dileraikan apabila papa berbincang dari hati ke hati dengan
Ju.Ju bersetuju kerana kasihan melihat papa yang kesunyian
sepanjang mama koma.
Aishah pandai mengambil hati Ju dan sering bertanya khabar dan
mengajak bermain tenis.Malah Aisyah membawa Ju pulang ke
rumahnya dan ketika itu barulah Ju tahu bahawa Aisyah anak orang
berada.Jefri pula tidak jemu-jemu "berbual-bual" dengan isterinya
tentang masa depan anak mereka.
Papa selamat diijabkabulkan dan Ju pula akhirnya berjaya
menamatkan kursus di UIA.
Intan Marliana telah bertahun-tahun koma akhirnya telah membuka
mata di biliknya. Ju terkejut dan berasa amat gembira. Papa hanya
tersenyum tenang menghadapi situasi tersebut. Namun keadaan
bertukar sepi apabila Aishah masuk ke bilik itu sambil memegang bahu
papa. Situasi tersebut menyebabkan papa serba salah lalu
menceritakan keadaan yang sebenar. Mama kelihatan marah
mendengar berita tersebut dan mendengus dengan kuat sambil
melepaskan genggaman tangan papa. Akhirnya mama meninggal
dunia selepas lebih tiga tahun koma.
TEMA NOVEL PAPA:
Novel karya Deana Yusof ini bertemakan kasih sayang.Buktinya
mama sanggup mempertaruhkan nyawanya untuk mengandung kali
kedua sebagai tanda kasih sayang yang mendalam terhadap papa
yang inginkan anak meskipun tahu risiko yang bakal dihadapi
sekiranya mama meneruskan kandungannya itu. Papa juga
membuktikan kasih sayang yang mendalam terhadap mama dengan
cara menjaganya, berbual-bual dengan mama sepanjang masa mama
koma dengan harapan mama akan pulih seperti dahulu.Malah, Intan
Julia turut membuktikan kasih sayangnya dengan mengizinkan papa
mengahwini Aishah meskipun pada peringkat awalnya dia menentang
hasrat papa.
PERSOALAN NOVEL PAPA:
1. Pengorbanan suami dan isteri demi kebahagian pasangan masingmasing
buktinya Intan maliana sanggup mengandung kali kedua demi
memenuhi kehendak suaminya. Malah, Jeffri pula berkorban dengan
cara menjaga isterinya yang koma selama lebih tiga tahun
2. Kesetiaan seorang suami terhadap isterinya. Buktinya ,Jeffri setia
menemani isterinya yang koma selepas kehilangan banyak darah
semasa melahirkan kembar Ahmad dan Muhammad. Malah, Jeffri juga
enggan berkahwin lain ketika didesak oleh Mak Cik Noraini sebagai
bukti kesetiaannya itu.Namun, keputusan untuk berkahwin lain dibuat
selepas bertahun-tahun hidup keseorangan.
3. Ketabahan menghadapi dugaan daripada Tuhan. Buktinya, Jeffri
tabah menghadapi dugaan ketika isterinya koma dan berusaha untuk
mengubatinya. Malah, dia juga tabah tatkala kedua-dua anak
kembarnya turut meninggalkannya.
4. Keprihatinan terhadap masalah orang lain dapat dibuktikan
melalui watak cikgu Suzie yang cuba menasihati Intar Marliana agar
tidak terus mengandung kerana sedar akan risiko yang bakal dihadapi.
Tajuk 1 : Sinopsis bab 1 hingga 5
Tajuk 2 : Sinopsis bab 6 hingga 10
Tajuk 3 : Sinopsis bab 11 hingga 15
Tajuk 4 : Sinopsis bab 16 hingga 20
Tajuk 5 : Sinopsis bab 21 hingga 24
Tajuk 6 : Sinopsis ringkas keseluruhan
Tajuk 7 : Tema dan persoalan
Tajuk 8 : Watak dan perwatakan
Tajuk 9 : Bahasa
Tajuk 10 : Plot atau jalan cerita
Tajuk 11 : Latar
Tajuk 12 : Nilai
Tajuk 13 : Pengajaran
Tajuk 14 : Sifat ego dalam novel Papa
Tajuk 15 : Nilai kasih sayang dalam novel Papa
Tajuk 16 : Nilai ketabahan dalam novel Papa
Tajuk 17 : Kritikan sosial dalam novel Papa
Tajuk 18 : Faedah membaca novel Papa
Tajuk 19 : Contoh Soal jawab novel Papa
Latar
latar tempat
Sekolah Menengah Seri Gading
>>>tempat Intan Maliana mengajar
>>>tempat Julia belajar
Restoran Starbucks, Mid Valley Megamall
>>>tempat Julia dan Rasylan sering bekunjung
>>>tempat Julia terserempak dengan papa dan Aisyah
Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia, Cheras
>>>tempat mama dibedah
>>>tempat kembar siam diumumkan meninggal dunia
Universiti Islam Antarabangsa di Gombak, Selangor
>>>tempat Julia dan Rasylan menyambung pelajaran selepas
berjaya memperoleh keputusan cemerlang dalam SPM
Kedai Kopi (Coffee House) di Hotel Paya Serai
>>>tempat Papa memujuk Julia agar merestui perkahwinannya
dengan Aisyah.
latar masa
ZAMAN MODEN
>>>zaman ini sudah wujud peralatan canggih seperti kelengkapankelengkapan
di hospital dan sebagainya
>>> (sekitar 2000-an)
TEMPOH MASA
>>>>>bermula dari Julia berada dalam Tingkatan 4 sehingga dia
menyambung pengajiannya di UIA(3 tahun)
14 TAHUN DAHULU
>>>sewaktu mama mengimbas kembali kisah silamnya sewaktu
melahirkan Julia
latar msyrkt
Masyarakat Moden
>>>sudah wujud permainan moden seperti Tenis dan peralatan
canggih di hospital
Masyarakat Pendidik
>>>Papa merupakan pensyarah bidang ekonomi
>>>Mama merupakan guru Matematik
Masyarakat anak angkat
>>>Rasylan diambil sebagai anak angkat oleh Datuk Mustakim
Masyarakat Berpoligami
>>>Papa berkahwin dengan Aisyah semasa mama koma
gaya bahasa
Penggunaan Bahasa Inggeris
"Have you think it over?" (m/s 38)
"Julia...I want you to remember only one thing, I LOVE YOU!" kata Papa dengan
muka yang amat tenang dan penuh beremosi. (m/s 66)
Ungkapan Bahasa Cina
Macam kata orang Cina, car beh liau, iauitu dimakan tidak habis. (m/s 48)
Sinkof
"Kalau tak sekarang, bila lagi kak? Kerja saya ni bukannya tentu! Sekarang saya
ada masa, buat apa nak tangguh-tangguhkan lagi!" (m/s 51)
Simile
Renungan mata papa amat tajam setajam tombak hulubalang yang mengawal
istana. (m/s 44)
Peribahasa
Walaupun pada mulanya mereka nampak garang, tetapi apabila digertak sedikit,
akan senyaplah macam cicak berak kapur! (m/s 34)
nilai pengajaran
NILAI
>>> PENGAJARAN
>>>CONTOH FROM NOVEL
Tabah
Kita perlulah tabah dalam menghadapi dugaan hidup.
Julia dan papa tabah menghadapi realiti bahawa anak kembar yang
dilahirkan mama meninggal dunia manakala mama jatuh koma.
Kasih Sayang
Kita perlulah menunjukkan kasih sayang antara satu sama lain.
Kasih sayang antara papa, mama dan Julia tidak berbelah bahagi. Mereka
saling menyayangi dan mengambil berat.
Gigih
Kita perlulah berusaha dengan gigih untuk mencapai kejayaan.
Julia begitu gigih belajar sehingga dia berjaya memperoleh keputusan
cemerlang dalam SPM.
Saling Membantu
Kita mestilah saling membantu antara satu sama lain.
Mama membantu Cikgu Suzie dengan menghantarnya ke bengkel kereta di
Seksyen 14. Papa pula membantu Mak Cik Noraini yang kehilangan ahli
keluarganya.
Berdikari
Kita harus belajar hidup berdikari untuk kebaikan sendiri.
Julia hidup berdikari semasa menuntut ilmu di UIA.
watak perwatakan
INTAN JULIA
Intan Julia atau lebih dikenali sebagai Julia ialah watak utama novel ini. Julia ialah
seorang remaja yang menuntut ilmu di sekolah menengah dalam tingkatan lima.
Bapanya bernama Jeffri manakala ibunya bernama Intan Maliana. Pada mulanya,
keluarga Julia amat bahagia. Dia memperoleh kasih sayang yang mendalam daripada
ibu dan bapanya. Kehidupannya bertukar suram selepas ibunya koma dan adik
kembarnya meninggal dunia. Namun Julia tabah menghadapi dugaan tersebut.
PENYAYANG
PENYAYANG
Julia amat menyayangi ibu bapanya. Semasa ibunya jatuh koma, dia sentiasa
mendoakan agar ibunya segera sembuh. Dia juga berusaha untuk menjaga ibunya setiap
kali pulang daripada kampus pada hujung minggu. Julia turut menyayangi bapanya.
Demi membahagiakan bapanya, Julia merestui bapanya untuk memperisterikan Aisyah.
KEGIGIHAN DAN KETEKUNAN
GIGIH
Julia gigih mengulang kaji pelajarannya. Berkat kegigihan dan ketekunannya, dia
Berjaya lulus SPM dengan cemerlang. Akhirnya, dia ditawarkan peluang untuk
menyambung pengajian di Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
KETABAHAN
TABAH
Julia banyak menghadapi cabarn hidup. Antaranya ialah keadaan ibunya yang jatuh
koma, kematian adik-beradik ekmbarnya, kenyataan bahawa bapanya ingin berkahwin
lagi, pertengkaran antara dia dengan Rasylan, dan kematian ibunya. Namun Julia
sentiasa tabah dan sabar mengharungi cabaran serta dugaan hidup.
BERTOLAK ANSUR
BERTOLAK ANSURWalaupun pada awalnya Julia tetap dengan pendiriannya yang tidak
mengizinkan papanya berkahwin lagi, namun, setelah dibawa berbincang, Julia
membenarkan atas sebab-sebab kesihatan .
JEFFRI / papa
Jeffri merupakan bapa kepada Julia. Sebagai ketua keluarga, jeffri memikul
tanggungjawabnya dengan baik. Dia bekerja sebagai pensyarah dalam bidang ekonomi
di Kolej Iktisas. Kasih sayangnya terhadap mama tidak berbelah bahagi dan
berlandaskan keikhlasan hati. Lantaran itu, dia amat sedih apabila mama jatuh koma.
Kesunyian yang dialaminya membawa kepada pperkahwinan antara dia dengan Aisyah.
PENYAYANG
Papa amat menyayangi mama dan Julia. Kasih sayangnya terhadap mama tidak
berbelah bahagi walau apa jua rintangan yang terpaksa diharunginya. Dia membawa
mama pulang ke rumah agar dia sentiasa dapat berdampingan dengan mama yang
koma. Dia juga amat sayang akan Julia. Dia tidak membenarkan Julia berkawan dengan
Rasylan kerana latarbelakang keluarganya tidak baik.
BERPENDIRIAN TEGAS
PENDIRIAN TEGAS
Papa amat tegas dengan pendiriannya bahawa Rasylan bukan orang yang baik-baik.
Walaupun Julia menyatakan rasylan baik-baik orangnya, papa tetap melarang Julia
daripada terus berkawan dengan Rasylan. Papa juga tetap dengan pendiriannya untuk
berkahwin lagi. Walaupun Julia tidak bersetuju dengan keputusannya, papa cuba
memujuk dengan sedaya upaya supaya Julia menerima kehadiran Aisyah dalam
hidupnya.
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
Papa sentiasa berdoa agar mama cepat sembuh. Papa turut sentiasa mengerjakan
sembahyang tepat pada waktunya. Papa sentiasa reda dan berserah kepada takdir.
PRIHATIN
PRIHATIN
Papa prihatin terhadap kesihatan mama dan sentiasa menasihati mama agar menurut
arah ndoktor. Dia jugan prihatin dengan perasaan Julia yang tidak mahu papanya
berkahwin lagi lalu memujuknya.
YAYOTT: YANG NI KAU BOLEH MASUKKAN YG PAPA PRIHATIN MASE
MAMA SAKIT. DIA TERUS HANTAR MAMA PEGI KLINIK MASE AWAL2 TU.
INTAN MALIANA / mama
Intan Maliana ialah isteri kepada Jeffri dan ibu kepada Julia. Dalam novel ini, watak ini
lebih dikenali sebagai mama atau Kak Maliana. Mama amat menyayangi papa dan
sanggup berkorban untuk kebahagiaan papa. Dia pernah menghadapi komplikasi ketika
melahirkan Julia suatu ketika dahulu. Mama bekerja sebagai seorang guru di Sekolah
Menengah Seri Gading.
SANGGUP BERKORBAN
SANGGUP BERKOORBAN
Walaupun menyedari hakikat bahawa dirinya akan menghadapi kesulitan semasa
melahirkan anak, mama tetap dangan keputusannya untuk mengandung lagi. Mama
sanggup berkorban untuk membahagiakan papa yang ingin menambah ahli keluarganya.
TEGAS PENDIRIAN
PENDIRIAN TEGAS
Mama tegas dengan pendiriannya bahawa dia tidak akan menggugurkan kandungannya.
Walaupun banyak orang telah menasihatinya agar tidak meneruskan kandungan ini, dia
tetap dengan keputusannya demi membahagiakan raja hatinya.
BERTANGGUNGJAWAB
BERTANGGUNGJAWAB
Mama merupakan seorang guru yang bertanggungjawab. Dia begitu berusaha member
tunjuk ajar kepada pelajarnya sehingga dia disukai oleh pelajarnya. Mama dikatakan
sentiasa berdedikasi dalam menyalurkan ilmu pengetahuan kepada anak muridnya.
PENYAYANGP
PENYAYANG
Kasih sayangnya yang mendalam terhadap papa terbukti apabila dia sanggup
mengandung lagi demi memenuhi hasrat papa.
TEKNIK PLOT
TEKNIK PLOT >>>
• DIALOG
• Perbualan antara dua atau lebih watak dalam plot sesebuah novel.
Teknik ini mampu menghidupkan cerita novel di samping
menyalurkan mesej-mesej penting kepada para pembaca melalui
dialog antara watak.
• CONTOH
• "Apa you buat dalam bilik tu tadi?" Diam. Tiada jawapan yang
kudengar.
• "Aisyah, I'm talking to you, please answer me!" Ulang papa sekali lagi
dan kali ini lebih keras daripada tadi. Aku dapat mengenali suara
papa. Rasa-rasanya dia sedang marah.
• "Saja, I nak jenguk Kak Maliana, salah ke?"
• PEMERIAN
• Digunakan untuk memerihalkan suatu keadaan, suasana, ciri-ciri
fizikal, dan perasaan seseorang. Teknik ini memberi gambaran yang
jelas tentang sesuatu peristiwa mahupun keadaan yang timbul
dalam plot novel.
• CONTOH
• Kemesraan dua insan itu nyata amat payah untuk dipisahkan. Mereka
sering menemani satu sama lain untuk kerja-kerja sedemikian.
Mereka lebih menampakkan kemesraannya ketika mama ditemani
angin petang yang bertiup lembut.
• MONOLOG DALAMAN
• Percakapan batin sesuatu watak bukan bertujuan untuk
berkomunikasi tetapi untuk menyatakan sesuatu keadaan perasaan
atau fikiran ketika berhadapan dengan sesuatu situasi.
• CONTOH
• Papa ada di sini? Kali ini dengan siapa pula? Mungkinkah dengan
wanita yang kulihat di Starbucks Coffee di Mid Valley dahulu? Oh,
tidak. Hati kecilku menjerit kerana tidak mahu terserempak
dengannya.
• IMBAS KEMBALI
• Imbas kembali sesuatu watak terhadap peristiwa suatu ketika dahulu.
Teknik ini memberi maklumat tentang latar belakang watak serta
sebab musabab berlakunya suatu konflik.
• CONTOH
• Soalan yang berbunyi begini pernah aku dengar terkeluar daripada
mulut papa ketika dia melarang mama daripada berbelanja
sewenang-wenangnya. "Betullah macam apa yang you kata, tapi
duit tu bukannya daun kering yang bersepah di tepi jalan,"
• UNSUR KEJUTAN
• melahirkan perasaan kejutan dalam diri pembaca. unsur ini
menjadikan plot cerita lebih menarik.
• CONTOH
• "Isteri encik telah selamat melahirkan sepasang anak kembar, tetapi
kedua-duanya telah meninggal dunia sewaktu masih dalam
kandungan lagi. "
PLOT
PERMULAAN
Keadaan keluarga Julia, Papa (Jeffri) , dan Mama (Intan Maliana) digambarkan amat
bahagiia. Kasih sayang antara papa dengan mama menjadi asas keharmonian dan
kesejahteraan hidup mereka. Sebagai anak, Julia berasa kagum terhadap kasih sayang
antara papa dengan mama. Julia turut rasa bangga kerana mempunyai sebuah keluarga
yang dibentuk atas dasar kasih sayang seorang suami yang tidak berbelah bahagi
terhadap isterinya.
PERKEMBANGAN
Papa memaklumkan Julia bahawa mama telah mengandung sekali lagi. Julia akan
mempunyai adik sebagai pelengkap keluarga mereka. Mak Cik Noraini bimbang Mama
akan menghadapi kompilasi seperti dahulu. Mama jtuh koma manakala Julia
menghidapi masalah alah susu tepung. Mak Cik Noraini terpaksa mengeluarkan susu
mama dengan bantuan doktor. Namun, kejadian itu tidak menggentarkan mama.
Baginya, dia hanya perlu tabah dan menyerahkan segalanya kepada Allah. Dalam pada
itu, dia sanggup menghadapi risiko demi membahagiakan papa.
Di sekolah pula, Julia sempat berkenalan dengan Rasylan, seorang pelajar baru di
kelasnya. Ketampanan Rasylan Berjaya menarik perhatian Julia. Rasylan merupakan
anak angkat kepada Datuk Mustakim. Pada masa yang sama, rakan sekerja mama, Cikgu
Suzie, turut menyuarakan kebimbangannya terhadap keadaan mama yang mengandung
lagi. Beliau menasihati mama agar pandai menjaga diri kerana beliau tidak ingin
melaihat mama ditimpa sebarang kecelakaan.
Tidak lama kemudian, mama sakit memandangkan sudah tiba masanya untuk mama
bersalin. Papa, Julia Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia untuk bersalin. Namun,
mama menghadapi komplikasi sekali lagi kerana sukar untuk melahirkan anak kembar
yang dikandungnya dan terpaksa dibedah. Tidak lama kemudian, doktor yang
bertanggungjawab membedah mama memberitahu bahawaanak kembar yang dilahirkan
mama merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu
kandungan lagi. Mama pula jatuh koma. Jenazah Ahmad dan Muhammad dibawa
pulang untuk dikebumikan.
Julia dan Rasylan semakin intim dan kini sepasang kekasih. Namun, papa tidak
merestui hubungan mereka kerana bagi papa, Raslan tidak mempunyai latar belakang
keluarga yang baik. Bapa angkatnya, Datuk Mustakim, merupakan orang yang
melanggar ibu bapa papa sehingga mereka meninggal dunia.Keengganan Datuk
Mustakim untuk bersemuka dengan papa selepas kejadian tersebut telah mencetuskan
rasa tidak puas hati dalam diri papa. Rasylan cuba mengaturkan pertemuan antara
mereka namun ditolak papa. Papa melarang Julia untuk terus berkawan dengan Rasylan
membuatkan Julia terpaksa merahsiakan hubungan mereka.
Tanpa kehadiran mama di sisi, papa berasa sangat sunyi. Kehidupannya menjadi kurang
ceria. Pada saat itulah, papa menjalinkan hubungan intim dengan Aisyah, salah seorang
pelajarnya. Julia pernah terserempak dengan mereka dalam suasana penuh mesra di
Restoran Pizza Hutt, Starbucks Coffee, dan Restoran A&W ketika dia keluar bersamasama
Rasylan. Ketidakpuasan hati Julia memuncak apabila papa ingin berkahwin
dengan Aisyah. Julia yang tidak merestui perkahwinan tersebut telah bertengkar dengan
papa. Dalam pertengkaran itu, papa telah menampar muka Julia. Tamparan itu telah
meregangkan hubungan Julia dengan papa. Dalam kemarahan, Julia membuat
keputusan untuk tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu. Dia menetap di
kampus selam abeberapa minggu. Panggilan papa juga tidak dijawab.
Melalui Rasylan, Julia dapat mengetahui bahawa bapa kandung Rasylan ialah Encik
Muaz al-Khalibi, salah seorang pensyarah UIA. Rasylan ialah anak luar nikah Encik
Muaz dan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Selepas dilahirkan, Rasylan
ditinggalkan oleh ibunya di tepi longkang. Nasib Rasylan baik kerana diselamatkan dan
ditempatkan di rumah anak yatim sehinggalah Datuk Mustakim mengambilnya sebagai
anak angkat. Encik Muaz ingin menjalin semula hubungan dengan Rasylan namun
Rasylan enggan. Bagi Rasylan, sikap tidak bertanggungjawab Encik Muaz
membuatkannya tidak layak untuk menjadi bapa Rasylan.
Tidak kira dalam apa jua keadaan, Julia tidak akan menafikan hubungan anak dengan
bapa antara dia dengan papa. Akhirnya, papa Berjaya memujuk Julia untuk merestui
perkahwinannya dengan Aisyah. Julia menerima Aisyah sebagai ibu tirinya demi
membahagiakan papa yang kesunyian. Tidak lama kemudian, Aisyah mengandung.
Berita tersebut cukup menggembirakan papa dan Julia.
KLIMAKS
Mama tiba-tiba sahaja sedar daripada koma. Selepas sedar, mama ingin memakan pizza.
Papa pula sempat memperkenalkan Aisyah sebagai isteri keduanya.
PELERAIAN
Mama tidak dapat menerima bahawa dia telah dimadukan dengan Aisyah. Dalam
tangisannya, dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir.
PERSOALAN
•KETABAHAN DALAM MENGHADAPI DUGAAN HIDUP
•Papa terpaksa menerima realiti bahawa mama koma dan zuriatnya meninggal dunia.
Kebahagiaan hidup keluarganya tiba-tiba sahaja diragut oleh nasib malang yang langsung
tidak diduganya sama sekali. Namun begitu, papa tabah menghadapi liku-liku hidupnya.
•POLIGAMI DALAM SESEBUAH KELUARGA
•Akibat kesunyian ketika mama koma, papa membuat keputusan untuk memperisteri Aisyah.
Pada mulanya, keinginan papa dibantah hebat oleh Julia. Bagi Julia, papa sepatutnya setia
dengan mama, terutamanya pada waktu-waktu genting seperti keadaan mama yang koma,
bukannya menduakan mama. Namun, papa berjaya memujuk Julia.
•KEGIGIHAN MENIMBA ILMU PENGETAHUAN
•Julia begitu gigih mengulang kaji pelajarannya sebagai persediaan untuk menghadapi
peperiksaan SPM. Berkat kegigihannya, dia lulus peperiksaan SPM dengan cemerlang.
Akhirnya, dia ditawarkan mengikuti pengajian Kolej Matrikulasi Universiti Islam Antarabangsa.
•PENGORBANAN DEMI ORANG YANG DICINTAI
•Mama sanggup hamil lagi sekali walaupun berisiko untuk menghadapi komplikasi. Namun,
demi membahagiakan papa, mama sanggup menempuh segala dugaan yang bakal
dihadapinya. Akhirnya, mama koma akibat komplikasi yang dihadapinya sewaktu melahirkan
kembar siam. Kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan.
TEMA
Novel yang saya kaji di Tingkatan 4 ialah novel Papa. . .akhirnya kau tewas
jua! karya Deanna Yusof.
Novel ini bertemakan kasih sayang antara ahli keluarga yang menjadi
asas keharmonian sesebuah rumah tangga. Dalam sesebuah rumah tangga, kasih
sayang seorang suami terhadap isteri dan anaknya menjadi kunci kebahagiaan dan
kesejahteraan hidup. Tidak kira apa jua halangan mahupun rintangan, kasih sayang
antara ahli keluarga tidak akan pudar jika kasih sayang berlandaskan keikhlasan dan
kejujuran.
Tema ini dikaitkan dengan kasih sayang yang mendalam antara Jeffri (Papa)
dengan Intan Maliana (Mama) dan anak perempuan tunggal mereka, Julia. Papa begitu
mengambil berat akan kebajikan mama dan Julia. Atas kesedaran bahawa seorang suami
harus mencurahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi terhadap isteri dan anak,
Jeffri memikul tanggungjawabnya dengan bersungguh-sungguh dan baik sekali.
Kasih sayang antara tiga beranak tersebut jelas dilihat apabila mama sanggup
mengandung lagi walaupun risiko untuk menghadapi komplikasi amat tinggi. Sewaktu
melahirkan Julia, mama telah menjadi koma manakala Julia yang tidak cukup bulan
menghidapi penyakit demam kuning. Mama menghadapi komplikasi ketika melahirkan
anak kembarnya. Selepas melahirkan kembar siam tersebut, mama koma manakala
kembar siam tersebut diumumkan meninggal dunia sewaktu kandungan. Peristiwa ini
meninggalkan impak besar kepada papa. Namun, papa tidak lupa tanggungjawabnya
sebagai ketua keluarga.
Walaupun kasih sayang papa terhadap mama amat mendalam, papa tetap
merasa sunyi seperti manusia lain. Dalam kesunyian hiduplah hubungan intim antara
papa dengan Aisyah, salah seorang pelajarnya di universiti. Papa akhirnya mengambil
Aisyah sebagai isteri. Sekali lagi, papa berasa bahagia sejak kehadiran Aisyah yang
mampu membahagiakannya. Namun kasih sayang papa terhadap mama tidak pernah
pudar.
Mama yang baru sedar daripada koma terkejut akan berita bahawa dia
dimadukan. Apabila mama meninggal dunia, papa menangis buat pertama kalinya
kerana dia berasa cukup kehilangan atas pemergian orang yang paling dikasihinya.
BAB 1
Selepas berehat di dalam biliknya, Julia turun ke bawah lalu menuju ke dapur. Dia
melihat Mak Cik Noraini, sepupu papa, sedang sibuk membancuh kopi dan menggoreng
karipap. Mak Cik Noraini menyuruh Julia makan seketul karipap sahaja dan
meninggalkan baki yang lain untuk papa dan mama Julia.
Sambil menghidangkan kopi O kepada Julia, pandangan Mak Cik Noraini tertumpu kea
rah tingkap. Julia turut mengikuti perlakuan mak cik kesayangannya itu. Di luar, papa
Julia, Encik Jeffri, sedang sibuk mengerjakan kebun sayur-sayuran mereka. Intan
Maliana, mama Julia pula sedang berehat di sebuah kerusi plastik berwarna merah
sambil bercakap kepada suami tercinta.
Hubungan mesra, intim, dan bahagia terjalin erat antara mereka. Perbualan mereka
berkisar tentang kacang panjang yang ditanam oleh mereka sama ada mencukupi untuk
mereka berempat. Papa mahu mama memasak lauk pada malam nanti kerana baginya,
masakan mama amat sedap dan sentiasa memenuhi seleranya.
Kemudian, mama bertanya kepada papa tentang tanaman jagung. Menurut papa, jagung
yang ditanamnya perlu menunggu selama dua atau tiga minggu sebelum jagung tersebut
matang. Bagi mama, jagung separa matang sedap dibuat bubur jagung yang merupakan
makanan kegemaran Encik Jeffri. Papa sempat mengusikya dengan mengatakan bahawa
dia hanya suka bubur jagung masakan kekasih hatinya sahaja. Mama mula merajuk
seketika sebelum mereka berdua masuk ke dalam dapur untuk menikmati minuman
petang yang disediakan oleh Mak Cik Noraini.
Kasih sayang Encik Jeffri terhadap Puan Intan Maliana begitu dikagumi oleh puteri
tunggal mereka, Julia. Julia sendiri berasa harmoni dan bahagia tinggal di sisi mereka
berdua yang saling menyayangi. Kadang kala Julia berasa segan apabila papa dan mama
tanpa segan silu memperlihatkan belaian kasih saying antar mereka di hadapan Julia
kerana bagi Julia, dia sudah menjadi seorang remaja belasan tahun.
BAB 2
Julia terpaksa pulang sendiri dari sekolah kerana mama kurang sihat. Papa membawa
mama ke klinik. Petang itu, rumah kediaman mereka hanya dihuni oleh Julia dan Mak
Cik Noraini. Ibu sepupu kesayangan Julia mula menceritakan kisah pertemuan papa dan
mama. Julia terkenang akan peristiwa jari mama terhiris pisau. Muka mama pucat lesi
kerana takut akan darah.
Lamunan Julia terhenti apabila Mak Cik Noraini menegurnya. Menurut Mak Cik
Noraini, papa merupakan seorang guru Sains Pertanian dan sentiasa menasihati
pelajarnya agar berbudi kepada tanah. Mama pula sering meminta buah daripada papa.
Bunyi dan honkereta papa kedengaran di pintu hadapan. Julia segera menyambut
kepulangan mereka. Julia memeluk mama erat dan tidak sabar untuk mengetahui
keadaan mama. Papa mengejutkan Julia dengan berita bahawa mama mengandung.
Julia amat gembira dengan berita tersebut. Namun, tidak bagi Mak Cik Noraini. Dia
berasa amat bimbang mendengar berita mama mengandung kerana mama pernah
mengalami kompilasi sewaktu melahirkan Julia dahulu. Mak Cik Noraini khuatir akan
keselamatan Intan Maliana dan bakal zuriatnya . Bagi mama pula, dia telah bersedia
menghadapi apa jua dugaan yang bakal ditempuhnya.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 3
Ketika pulang dari sekolah, Julia terdengar perbualan antara mama dengan Mak Cik
Noraini. Mak Cik Noraini mengingatkan peristiwa semasa mama melahirkan Julia.
Mama koma akibat kehilangan banyak darah. Selepas Julia dilahirkan juga, Julia
menghidap penyakit demam kuning dan alah kepada susu tepung bayi.
Namun, kata mama seorang isteri perlu melakukan pengorbanan demi membahagiakan
seorang suami. Oleh sebab papa menginginkan anak lagi, mama sanggup menggadaikan
nyawanya. Yang pasti, mama akan menjaga kandungannya dan tidak akan
menggugurkan kandungan itu walaupun dirinya menghadapi risiko.
Papa pulang tidak berapa lama selepas itu. Julia mengajak papanya bermain tenis di
Kelana Jaya. Pada mulanya, papa enggan tetapi akhirnya bersetuju kerana tidak mahu
membabitkan mama yang sedang mengandung.
Papa merupakan seorang pemain tenis yang handal. Lantaran itu, banyak orang,
terutamanya anak gadis, tergila-gilakannya. Ketika Julia mengimbas kembali sesuatu
peristiwa, secara tidak sengaja bola tenis yang dibaling oleh papa terkena muka Julia.
Semasa papa sedang sibuk menuam muka Julia, salah seorang daripada pelajar papa,
Aisyah, menegur papa.
Selepas bermain tenis, papa mengajak Aisyah minum di kantin. Namun, Julia tidak
berasa selesa dengan kehadiran Aisyah lalu mengajak papa pulang. Julia bertanyakan
pendapat papa tentang Aisyah. Papa hanya menganggap Aisyah sebagai penuntutnya
dan tidak lebih daripada itu.
BAB 4
Selepas waktu sekolah, mama merungut kerana lama menunggu Julia. Julia
menerangkan bahawa beberapa rakan sekelasnya ingin meminjam nota Geografinya.
Mama memberitahu Julia bahawa dia terpaksa menghantar Cikgu Suzie ke bengkel
kereta di Seksyen 14 untuk mengambil kereta yang telah siap dibaiki.
Dalam perjalanan, Cikgu Suzie bertanya tentang hasrat mama untuk
mengandung lagi. Cikgu Suzie mengungkkit kisah silam mama yang koma selepas
melahirkan Julia. Julia yang tidak cukup bulan pula menghidap Jaundis. Cikgu Suzie
khuatir perkara yang sama akan berlaku kepada kandungannya kali ini.
Namun, mama tetap berkeras untuk tidak menggugurkan kandungannya. Bagi
mama, dia sanggup melakukan apa-apa sahaja demi membahagiakan papa, walaupun
terpaksa menghadapi pelbagai risiko. Julia amat terharu dengan sikap mamanya yang
tabah dan sanggup berkorban.
BAB 5
Kandungan mama kian hari kian membesar. Menurut papa, mama bakal
melahirkan anak kembar dalam masa empat bulan lagi. Julia berasa sungguh gembira
kerana akan menerima kehadiran adik-adiknya.
Semasa sedang duduk di ruang tamu, mama menyuarakan perasaannya kepada
papa tentang kerisauannya mengenai apa yang akan berlaku. Papa mengatakan bahawa
sekiranya kejadian lama berulang lagi, dia telah bersedia untuk menghadapinya.
Papa menasihati mama agar sentiasa menurut arahan doktor dan mengambil
ubatan tepat pada masanya. Papa juga bertanya kepada mama sama ada dia menyesal
ataskeputusannya untuk mengandung itu. Papa khuatir dengan kompilasi yang bakal
dialami mama.
Di dapur, Julia bertanyakan keadaan mama ketika melahirkannya kepada Mak
Cik Noraini. Mak Cik Noraini menceritakan segalanya dan memberitahu bahawa dialah
yang banyak menjaga Julia sejak kecil.
BAB 6
Di kolej tempat papa mengajar itu, terdapat seorang daripada pelajarnya, Aisyah,
sering berjumpa dengan papa untuk bertanya tentang pelajarannya. Aisyah amat
meminati pengajaran papa. Kadang kala, papa akan menumpangkan Aisyah hingga ke
rumahnya di Seksyen 7, Kelana Jaya. Aisyah sering mempelawa papa minum di warung
yang berhampiran kolej. Namun, sebagai seorang suami yang setia, papa tidak
memenuhi pelawaan Aisyah itu kerana tidak mahu menimbulkan salah faham antara
dia, mama dan Intan Julia.
Bagi Julia, Aisyah seorang yang jelita. Badannya lebih besar dan lebih berisi
daripada mama dan Julia. Daripada papa, Julia mengetahui bahawa Aisyah akan tamat
pengajiannya pada tahun itu. Sebagai anak gadis kepada seorang hartawan yang kaya,
kehidupan Aisyah terjamin mewah dan selesa dengan harta ayahnya yang menggunung.
Oleh itu, pencapaian akademiknya bukan penentu masa hadapannya.
Pernah Julia menduga papa kalau-kalau papa berminat untuk menjadikan
Aisyah sebagai kekasihnya dan seterusnya isteri keduanya. Namun papa memberitahu
Julia bahawa dia tidak berminat untuk menjalin hubungan erat dengan Aisyah. Kasihnya
terhadap mama tidak berbelah bahagi dan tidak ingin melihat mama berkongsi kasihnya
dengan perempuan lain. Lebih-lebih lagi, mama tidak mengizinkan papa
memadukannya.
BAB 7
Papa telah menyediakan pelbagai kelengkapan untuk anak kembar lelakinya. Tindakan
papa itu ditegur oleh sepupunya, Mak Cik Noraini kerana menurut kepercayaannya,
tidak elok membeli barangan bayi pada peringkat awal kehamilan. Papa memarahi MAk
Cik Noraini kerana terlalu mempercayai perkara karut-marut. Bagi papa segalanya
terpulang kepada takdir.
Pada pukul 4 pagi, semua orang dikejutkan oleh papa kerana sudah tiba masanya untuk
mama bersalin. Julia membantu papa memapah mama menuruni anak tangga. Mama
menahan kesakitan. Matanya terbeliak, mulutnya terkumat-kamit dan dahinya
berpeluh. Mama mengeluh beberapa kali menyatakan kesakitannya.
Selepas masuk ke dalam kereta, Julia ciba mententeramkan mama. Papa masuk ke
dalam rumah untuk menyalin pakaian sebelum ke hospital. Mama dihantar ke Hospital
Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) di Cheras untuk menerima rawatan. Bagi
papa, kelengkapan di hospital kerajaan lebih baik berbanding kelengkapan di hospital
swasta.
Apabila sampai di hospital, beberapa pembantu hospital segera menolak stretcher untuk
membawa mama. Semasa mama ditolak menuju ke bilik pembedahan, mama sempat
berpesan kepada papa agar reda dengan sebarang kemungkinan yang terjadi. Mama juga
memohon maaf atas segala kesalahan dan kesilapannya.
BAB 8
Mama telah dimasukkan ke dalam bilik pembedahan. Papa, Julia dan Mak Cik Noraini
menunggu di luar bilik pembedahan dengan penuh keresahan. Tidak lama kemudian,
papa didatangi olehseorang doktor dan papa diminta menandatangani surat kebenaran
untuk menjalankan pembedahan ke atas mama kerana terdapat komplikasi terhadap
kandungan kembar mama.
Selepas tiga jam berlalu, doktor tersebut memberitahu papa bahawa zuriatnya
merupakan kembar siam. Namun begitu, mereka telah meninggal dunia sewaktu masih
dalam kandungan. Menurut doktor, mama kehilangan darah yang banyak. Mama
Berjaya diselamatkan namun koma. Papa mengisi boring permohonan untuk membawa
mayat kedua-dua anak lelakinya pulang untuk disemadikan.
Banyak orang mengunjungi rumah papa dan memberi dorongan kepada papa supaya
tabah menghadapi cabaran.
BAB 9
Kini tugas menghantar dan mengambil Julia diambil alih oleh papa. Papa sempat
mencium pipi Julia sebelum meninggalkannya. Ketika di dalam kelas, Julia disapa oleh
seoarang pelajar baru bernama Rasylan . Rasylan mengatakan bahawa Julia begitu
bertuah memiliki seorang bapa yang prihatin. Julia menangis apabila teringat akan
mama. Rasylan , tanpa mengetahui sebab Julia menangis, meminta maaf sekiranya
dialah yang menyinggung perasaan Julia.
Selepas tamat mengajar, Cikgu Suziyah memberitahu Julia tentang hasratnya untuk
melawat mama selepas waktu sekolah. Beliau turut mempelawa Julia agar pergi
bersama-samanya. Julia menyatakan bahawa dia akan pergi hospital bersama-sama
papa dan mencadangkan Cikgu Suziyah mengikuti kereta ppapa daripada belakang.
Selepas rehat, Julia dan rakan-rakannya ketiadaan guru sejarah. Ketika itulah , Rasylan
menyatakan hasratnya untuk berjumpa dengan Julia di perpustakaan selepas waktu
persekolahan. Namun, Julia terpaksa menolak.
BAB 10
Apabila sampai di hospital, papa, Julia, dan Cikgu Suziyah berjalan menuju ke wad ICU.
Sebelum memasuki wad tersebut, mereka terpaksa menyalin pakaian untuk memastikan
kebersihan. Papa sempat menyatakan hasratnya untuk melihat mama cepat sembuh.
Julia amat terharu mendengar kata-kata papa itu.
Ketika Julia menelaah buku di dalam bilik bacaannya, dia melihat foto papa, mama dan
dirinya. Pelbagai kenangan manis timbul tenggelam dalam fikirannya. Dia melihat
gambar papa dan mama ketika berkahwin, gambar Julia ketika dia dilahirkan, dan
gambar semasa menyambut hari jadi Julia yang pertama.
Kemudian Julia mengambil sepucuk surat yang ditulis oleh papa kepada mama lalu
membaca kandungannya. Dalam surat tersebut, papa meluahkan perasaan cinta dan
kasihnya terhadap mama. Papa berterima kasih terhadap mama atas nasihat dan
dorongannya. Papa bersyukur kepada tuhan kerana memilik seorang isteri yang baik
seperti mama.
Mak Cik Noraini mengajak Julia makan bersama-samanya. Bagi Julia , Mak Cik Noraini
umpama ibu keduanya kerana dialah yang telah menjaga Julia sejak kecil. Namun dia
telah kehilangan suami dan anak-anaknya tujuh belas tahun dahulu. Mereka telah
terlibat dalam suatu kemalangan ketika dalam perjalanan ke Bidor. Hanya Mak Cik
Noraini yang terselamat. Sebagai pertolongan, papa mengajak Mak Cik Noraini tinggal
bersama-samanya. Mak Cik Noraini yang mulanya sentiasa menangis diberikan
tanggungjawab untuk menjaga Julia. Sejak itu, dia memikul tanggungjawabnya dengan
penuh dedikasi.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 11
Keadaan mama masih juga sama seperti dahulu. Pada suatu petang, sekembalinya Julia
daripada menduduki kertas Matematik untuk peperiksaan SPMnya, dia terdengar
perbualan antara Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini meminta papa agar
berkahwin lagi. Dia tidak sampai hati melihat papa hidup sendirian dan tidak seceria
dahulu.
Namun, papa mengatakan bahawa dia sanggup menanti mama pulih dan sukar baginya
mencari pengganti mama. Lebih-lebih lagi, dia perlu menjaga perasaan Julia. Papa
bertanyakan Julia tentang peperiksaannya pada hari itu. Menurut Julia, dia dapat
menjawab soalansoalan tersebut dengan baik dan yakin. Julia meminta izin daripada
papa untuk ke rumah Rasylan pada keesokan harinya.
Pada pandangan papa, Julia sepatutnya memperkenalkan Rasylan kepadanya terlebih
dahulu sebelum pergi ke rumahnya. Sebagai seorang perempuan, Julia harus menjaga
maruahnya dengan baik. Papa menyedarkan Julia tentang kepentingan untuk membuat
pertimbangan yang wajar sebelum mengambil sebarang tindakan.
BAB 12
Pada keesokan hari, sekembalinya Julia dari sekolah, dia mendapati bahawa sebuah
ambulans berada di hadapan rumahnya. Mama telah dihantar pulang dan ditempatkan
di sebuah bilik yang dilengkapi dengan peralatan perubatan. Julia berasa gembira
kerana dapat berdampingan dengan mama lagi.
Petang itu, Julia telah mengikuti Kak Aisyah bermain tenis di Kelab Kelana Jaya. Pada
mulanya, Julia agak keberatan untuk pergi kerana dia mahu meluangkan masa dengan
mama. Namun, papa menggesanya kerana dia telah berjanji dengan Aisyah.
Ketika dalam perjalanan, Kak Aisyah bertanya sama ada Julia ingin melanjutkan
pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi. Julia menyatakan bahwa dia berminat
namun terpaksa menangguhkan hasratnya dan menjaga mama. Kak Aisyah menasihati
Julia supaya menumpukan perhatian kepada pelajaran kerana itulah tanggungjawab
utama Julia.
Selepas bermain tenis, Kak Aisyah membawa Julia pulang ke rumah banglonya dan
memperkenalkan Julia kepada ibu bapanya. Julia sempat berbual-bual dengan ibu Kak
Aisyah yang bertanyakan keadaan mama. Julia menyatakan bahwa mama sudah
dibenarkan untuk dibawa pulang. Dia akan menjaga mama sementara menunggu
keputusan SPMnya.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 13
Sudah hampir lapan bulan mama koma. Keputusan SPM Julia bakal diumumkan tidak
lama lagi. Papa tetap mencurahkan kasih sayng yang tidak berbelah bahagi kepada
mama dan berjanji akan sentiasa menemani mama sehingga ke saat-saat mama sedar.
Julia memperkenalkan Rasylan kepada papa. Rasylan memberitahu bahawa dia tinggal
di klang bersama-sama Datuk Mustakim yang merupakan bapa angkatnya. Sebelum
dijadikan anak yatim oleh Datuk Mustakim, dia tinggal di Jabatan Kebajikan
Masyarakat.
Papa sebenarnya kenal benar dengan Datuk Mustakim. Menurut papa, semasa Julia
berumur empat tahun, kereta yang dipandu oleh Datuk Mustakim telah melanggar ibu
bapanya. Kemalangan itu menyebabkan bapanya meninggal dunia manakala ibu papa
menjadi lumpuh. Datuk Mustakim tidak menghentikan keretanya selepas melanggar ibu
bapa papa, mungkin kerana takut dibelasah penduduk kampung. Selepas kejadian
tersebut, Datuk Mustakim sentiasa menghantar wang pampasan demi membiayai
kesemua kos rawatan ibu papa. Namun, ibu papa meninggal dunia.
Rasylan bersedia untuk mengaturkan pertemuan papa dengan bapa angkatnya. Namun
begitu, papa menolak, mungkin kerana masih marah terhadap perbuatan Datuk
Mustakim yang meragut nyawa kedua ibu bapanya.
BAB 14
Hubungan Julia dengan Rasylan bertambah intim dan mesra. Nyatalah Julia menaruh
hati kepada Rasylan. Setelah pulang ke rumah, Julia ditegur oleh papa kerana buat
lewat. Papa tidak senang hati apabila Julia bersahabat dengan Rasylan. Pendirian papa
itu amat mengejutkan dan mengecewakan Julia. Julia sendiri berasa keliru dan kecewa
dengan perasaan papa itu.
Petang itu, Julia bertanya kepada papa sebab-sebab papa tidak merestui hubungan Julia
dengan Rasylan. Menurut papa, latarbelakang Rasylan tidak begitu jelas. Tambahan
pula, ibu bapa angkat Rasylan tidak memperlihatkan cirri-ciri yang mulia. Namun bagi
Julia, Rasylan baik orangnya. Rasylan bukan sahaja pandai dan bijak, malah, dia
memiliki nilai-nilai kemanusiaan yang murni. Namun begitu, sebagai seorang anak yang
patuh, dia berjanji akan merenggangkan hubungannya dengan Rasylan.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 15
Keputusan peperiksaan SPM diumumkan. Julia dan Rasylan Berjaya memperoleh
keputusan yang cemerlang. Papa berasa amat gembira dngan keputusan Julia yang
begitu cemerlang. Selepas mendapat keputusan, Julia mempelawa Rasylan untuk
meraikan kejayaan itu bersama-sama. Di Starbucks Coffee, Julia terserempak papa
bersama seorang perempuan sedang menikmati pizza bersama-sama dengan mesranya.
Keadaan itu menyebabkan Julia berasa kurang selesa.
Sekembalinya ke rumah, Julia disambut papa dengan mesra. Papa sempat bertanyakan
rancangan Julia selepas itu. Julia memberitahu papa bahawa dia ingin melanjutkan
pelajarannya di Universiti Islam Antarabangsa dalam bidang ekonomi. Bagi Julia, UIA
menitikberatkan ajaran dan didikan agama yang dapat mendorong kepada pembentukan
insan mulia.
BAB 16
Permohonan Julia untuk menyambung pelajaran di Kolej Matrikulasi Universiti
Islam Antarabangsa telah diluluskan. Sebelum meninggalkan rumah, Julia ingin
memaklumkan perkara itu kepada mama. Julia melihat papa sedang berbual-bual
dengan mama. Papa sedang memberitahu mama tentang keputusan Julia untuk
menyambung pelajarannya di matrikulasi UIA. Papa akan berasa kehilangan tanpa Julia
di sisinya. Dia turut menyuarakan harapannya agar mama cepat sembuh.
Papa menghantar Julia ke UIA untuk sesi pendaftaran. Julia ditempatkan di
Asrama Khadijah. Rasylan turutditerima masuk ke universiti yang sama dan
ditempatkan di Asrama Usman bin Affan. Selepas pendaftaran, Julia dan Rasylan
bertemu. Rasylan menyatakan rasa cemburunya terhadap hubungan mesra Julia dengan
papa. Dia sendiri tidak menikmati hubungan semesra itu bersama=sama ibu bapa
angkatnya. Belakangan ini, hubungan mereka agak renggang. Mereka tidak menemani
Rasylan pada hari pendaftaran kerana pergi ke Kuala Kangsar. Rasylan kecewa dengan
sikap mereka.
Pada keesokan hari, Julia dan Rasylan pergi ke kedai buku MPH di Mid Valley.
Selepas itu, mereka ke Starbucks Coffee untuk menikmati kopi dan muffin kegemaran
Julia. Buat kali keduanya, Julia terserempak papa dan Aisyah yang begitu mesra
berbual-bual.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 17
Peristiwa Julia terserempak dengan papa dan Aisyah begitu merunsingkan Julia.
Dia ingin bertanya kepada papa mengenai hubungan mereka pada hari Sabtu nanti.
Pada petang sabtu, Julia pulang ke rumah. Julia bertanyakan keadaan mama kepada
papa dan dimaklumkan bahawa mama masih koma.
Ketika berada dalam bilik, Julia memikirkan hubungan antara papa dengan
Aisyah. Baginya, terdapat kemungkinan papa memerlukan teman untuk berkongsi
perasaan dan fikirannya. Akhirnya, Julia membuat keputusan bahawa sangkaannya
tidak benar. Pada keesokan hari, papa menghantar Julia untuk pulang ke matrikulasi
UIA. Papa turut memberikan wang saku yang banyak kepada Julia memandangkan Julia
tidak pulang ke rumah pada hujung minggu itu.
Pada hari minggu, papa menelefon Julia. Pada mulanya, Julia agak keberatan
untuk menjawabnya kerana dia sibuk dengan tugasannya. Namun begitu, selepas
memikirkankalau-kalau papa membawa berita penting tentang mama. Setelah
diberitahu bahawa keadaan mama masih sama, Julia berasa sia-sia sahaja dia menjawab
panggilan papa itu. Tanpa disedari, Julia telah menyinggung perasaan papa dengan
melemparkan soalan yang tidak patut ditanya. Julia sempat memohon maaf kepada
papa atas sikapnya itu.
Rasylan mempelawa Julia untuk menjamu selera di Restoran A&W yang terletak
di Amcorp Mall. Dalam perjalanan, Rasylan memberitahu Julia tentang Encik Muaz
yang mendakwa dirinya sebagai bapa kandung Rasylan. Encik Muaz memintanya untuk
menjalankan pemeriksaan DNA. Julia masih merahsiakan hubungannya dengan Rasylan
daripada papa memandangkan papa tidak merestui hubungan mereka.
Ketika mereka tiba di pusat beli belah tersebut, Julia terlihat kereta papa. Di
suatu sudut Restoran A&W, Julia mendapati papa sedang berbual-bual dengan Aisyah.
Julia kecewa dan sedih melihat kemesraan mereka berdua. Kemudian, Julia menyatakan
bahawa dia ingin meninggalkan restoran itu kerana dia tidak ingin kehadirannya
disedari oleh papa.
SINOPSIS
BAB DEMI BAB 18
Julia pulang ke rumahnya. Semasa di pintu masuk, Julia terdengar perbualan antara
Mak Cik Noraini dengan papa. Mak Cik Noraini menyatakan dia menyokong penuh
keputusan papa untuk berkahwin lagi. Ketika masuk ke rumah, papa yang sedang
membaca majalah menyambut kedatangan Julia dengan senyuman. Kemudian, Julia
duduk di ruang tamu dan cuba membangkitkan niat papa untuk berkahwin lagi. Julia
mengingatkan papa bahawa mama masih hidup. Dia juga memberitahu papa bahawa dia
telah terserempak papa dengan Aisyah sebanyak tiga kali. Dia tidak sanggup melihat
papa menjadi seorang suami yang tidak setia kepada isterinya. Julia menganggap papa
sebagai pengkhianat dan seorang suami yang curang. Dakwaan Julia itu benar-benar
membuatkan papa marah sehingga bertindak menampar Julia. Julia berasa terkejut dan
sedih kerana papa tidak pernah melayannya sedemikian.
Pada keesokan harinya, Julia pulang ke kampus. Pelawaan papa untuk bersarapan
bersama ditolak Julia. Ekspresi wajah papa jelas memperlihatkan kekesalannya.
SINOPSIS
BAB DEMI BAB 19
Rasylan menasihati Julia agar menerima kenyataan bahawa papa ingin berkahwin lagi.
Bagi Rasylan, papa seperti insan yang lain, ingin mempunyai teman berkongsi
pengalaman hidup dengannya. Namun, Julia tetap dengan pendiriannya kerana dia
tidak sanggup berkongsi papa dengan perempuan lagi selain mamanya.Kemudian, Julia
bertanya Rasylan sama ada dia telah menjalani pemeriksaan DNA. Rasylan
memberitahu bahawa keputusan pemeriksaan itu adalah positif. Rasylan memberitahu
Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil hubungan Enck Muaz
dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun, Encik Muaz
meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas Rasylan
dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak sanggup
menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci terhadap ibu
kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.
Julia bertemu dengan Rasylan di Laman Budaya. Rasylan yang pada ketika itu sedang
berbual-bual dengan Encik Muaz memberitahu Julia bahawa papanya sedang menunggu
di luar kampus. Papa mempelawa Julia minum bersamanya kerana ingin
membincangkan sesuatu dengan Julia. Di Coffee House, Hotel Paya Serai, papa
menerangkan situasi yang sedang dihadapinya. Dia berasa sunyi sejak mama koma.
Sebagai seorang lelaki, dia memerlukan teman untuk berkongsi pengalaman hidup.
Kesihatan papa juga kian merosot. Namun begitu, Julia mendakwa bahawa papalah
punca mama jatuh sakit. Dakwaan Julia itu mengejutkan papa.
Papa tetap bersabar dengan karenah Julia dan memberitahu Julia bahawa dia
tetap bersabar sekian lama kerana terhutang budi kepada mama. Penjelasan papa benarbenar
membimbangkan Julia. Dia berasa khuatir akan kesihatan papa. Akhirnya, Julia
merestui keinginan papanya berkahwin lagi.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 20
Rasylan memberitahu Julia tentang nasib dirinya sebagai seorang anak luar nikah hasil
hubungan Enck Muaz dengan pengemas biliknya yang berbangsa Indonesia. Namun,
Encik Muaz meninggalkan Malaysia sewaktu ibu Rasylan mengandungkannya. Selepas
Rasylan dilahirkan, dia ditinggalkan di tepi longkang di Bandar Klang kerana tidak
sanggup menanggung malu melahirkan anak tanpa suami. Rasylan berasa benci
terhadap ibu kandungnya dan Encik Muaz. Baginya, hanya Datuk Mustakim bapanya.
Emosi Rasylan itu telah membuatkan Julia terfikir akan keikhlasan hatinya
mengizinkan papa untuk berkahwin lagi. Namun dia khuatir kasih sayang papa
terhadapnya akan berkurangan. Julia benar-benar berharap mama cepat sembuh supaya
keluarga tersebut kembali bahagia.
Hari itu, Julia terpaksa akur dengan pelawaan papa untuk minum di luar. Papa
hendak memperkenalkan kak Aisyah kepada Julia. Papa meminta agar memanggil Kak
Aisyah “mak cik” . Julia sudah lama berkenalan dengan Aisyah dan pertemuan itu
sebenarnya bukan pertemuan yang pertama.
Pada hujung minggu itu, papa meminta agar Julia hadir ke upacara
pernikahannya. Namun begitu, Julia enggan dan member alas an bahawa dia ingin
menjaga mama di rumah. Ketika melihat Julia menangis, papa bertindak mahu
membatalkan upacara pernikahan itu namun dihalang Julia.
BAB 21
Julia mengalami demam panas yang agak serius dan dihantar ke hospital. Ketika
terlantar di hospital, Julia bermimpi didatangi seorang lelaki bernama Jeffri yang mirip
papa. Jeffri memujuk Julia supaya merelakan keputusan papa untuk berkahwin lagi
kerana itulah satu-satunya cara untuk membahagiakan papa. Walau bagaimanapun,
Julia tetap berat hati untuk menerimanya. Ketika Julia sedar, papa dan Mak Cik Aisyah
sedang memandangnya sambil melemparan senyuman. Kemudian, doktor menyuntik
ubat ke dalam badan Julia. Selepas itu, Julia tidak sedarkan diri.
‘SINOPSISBAB DEMI BAB 22
Tiga hari, Julia terlantar di hospital. Pada hari yang ketiga, Julia didatangi
Doktor Razif. Beliau cuba bertanyakan sebab-sebab Julia jatuh sakit. Beliau menyatakan
bahawa Julia mengalami masalah jiwa dan emosi sehingga menjejaskan kesihatannya.
Julia enggan memberiathu masalahnya. Doktor menasihati Julia agar tabah menghadapi
dugaan hidup. Papa dan Mak Cik Aisyah menjemput Julia pulang. Mak Cik Aisyah
meminta Julia agar mengemaskan rambutnya. Julia yang pada mulanya tidak
mengendahkan arahan Mak Cik Aisyah akhirnya akur. Dia mengemaskan rambutnya
dan mengenakan gincu pada bibirnya.
Cuti pertangahan semester telah tamat dan Julia akan pulang ke kampus.
Sebelum dia melangkah turun dari kereta, Julia bertanya kepada papa tentang bilakan
mama akan sedar daripada koma. Julia akan menduduki peperiksaan akhir semester
yang bakal menentukan sama ada dia akan ditawarkan tempat di kampus induk UIA di
Gombak atau tidak. Dia dan Rasylan berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu.
Selepas lapan minggu Julia dan Rasylan belajar, mereka diberi pelepasan selama
beberapa hari untuk merehatkan minda. Rasylan mengajak Julia pergi ke Mid Valley.
Selepas peperiksaan semester kedua, Julia pulang ke rumahnya. Dia yakin bahawa dia
akan memperoleh keputusan yang baik.
Semasa duduk di ruang tamu, Julia bertanya kepada papa tentang perancangan
bulan madu mereka. Papa tidak mengendahkan pertanyaan Julia dan bertanya tentang
peperiksaan yang diduduki Julia. Julia memberitahu bahawa keputusannya akan
diumumkan dua minggu sebelum akhir tahun.
Ketika Julia melepasi bilik bacaan papa, dia terdengar pertelingkahan antara
papa dengan ibu tirinya. Papa menegur perbuatan Mak Cik Aisyah yang memasuki bilik
mama kerana baginya mama merupakan orang paling penting dalam hidupnya.
Daripada perbualan mereka, Julia dapat tahu bahawa Mak Cik Aisyah mengandung.
Perbuatan Julia mencuri dengar perbualan papa dan ibu tirinya ditegur Mak Cik
Noraini. Ketika berada di meja makan, Julia menceritakan perbualan papa dengan Mak
Cik Aisyah kepada Mak Cik Noraini. Julia menyatakan bahawa terdapat kemungkinan
Mak Cik Aisyah ingin meracuninya. Mak Cik Noraini terdengar dakwaan Julia dan
berasa amat sedih. Julia meminta maaf kerana terlanjur kata. Dia juga menyatakan
keikhlasannya untuk menerima Mak Cik Aisyah sebagai ibu tiri. Mak Cik Aisyah
berterima kasih atas kesudian Julia untuk menerimanya dan berjanji akan menjaga papa
dan Julia dengan baik.
SINOPSISBAB DEMI BAB 23
Hubungan antara Julia dengan Rasylan bertambah intim. Kekacakan Rasylan pula kian
terserlah. Tidak kira ke mana mereka berdua di dalam kampus, kemunculan Rasylan
menarik perhatian sesetengah warga kampus. Kadang kala, Julia berasa kurang selesa
dipandang orang begitu sahaja. Dia menyuarakan ketidakselesaannya buat pengetahuan
Rasylan. Namun di luar dugaannya, perkara itu menimbulkan rungutan dan perasaan
cemburu dalam diri Rasylan. Rasylan pernah terserempak Julia ditegur dan didampingi
seorang senior yang kacak. Julia pula mengungkit kenyataan bahawa Rasylan sentiasa
didampingi pelajar-pelajar perempuan, tidak kira senior atau junior. Namun, dia tidak
pernah memarahi Rasylan tentang itu. Pertengkaran mereka terhenti apabila pelajar
perempuan senior member salam kepada mereka. Rasylan menjawab salam mereka
dengan cepat. Bagi Julia, tiada guna untuk dia cemburu kerana baginya, Rasylan
mempunyai kebebasan untuk bertegur sapa dengan sesiapa pun.
Dalam perjalanan pulang, Julia bertanya kepada Rasylan sama ada Datuk Mustakim
mengetahui tawaran Encik Muaz. Oleh sebab Rasylan mengendahnkan pertanyaannya,
dia bertanya pula sama ada Rasylan menerima tawaran Encik Muaz. Menurut Rasylan,
dia tidak menerimanya kerana baginya, Encik Muaz seorang yang tidak
bertanggungjawab. Dia kecewa Encik Mustakim dan ibunya sanggup meninggalkan
Rasylan begitu sahaja. Sebaliknya, dia cukup berterima kasih kepada Datuk Mustakim
kerana mengambilnya sebagai anak angkat. Nasihat Julia supaya Rasylan menerima
encik Muaz diendahkan oleh Rasylan.
Julia menyatakan bahawa dia akan tetap bersama Rasylan walau apa keputusan yang
Rasylan pilih. Bagi Rasylan janji yang dibuat oleh Julia itu masih terlalu awal kerana dia
sendiri tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Namun, Julia tetap
menegaskan bahawa dia akan berpegang teguh pada janjinya.
SINOPSIS BAB DEMI BAB 23
Apabila Julia samapi di rumah , suasana rumahnya kelihatan lengang. Papa dan Mak Cik
Aisyah telah pergi ke rumah Mak Cik Aisyah di Singapore. Julia berasa gembira
menunggu saat kelahiran adiknya tidak lama lagi. Papa kini semakin bersemangat untuk
menjalani kehidupan.
Semasa duduk-duduk di ruang tamu, Mak Cik Aisyah bertanyakan masalah Julia. Julia
menceritakan masalah hubungan cintanya dengan Rasylan. Julia bertanyakan sama ada
ibu tirinya pernah menghadapi masalah seperti itu. Mak Cik Aisyah menyatakan bahawa
papalah orang yang dicintainya di universiti. Mak Cik Aisyah menasihati Julia agar sabar
menghadapi karenah teman lelakinya kerana perasaan cemburu merupakan perkara
biasa dalam hubungan.
Perbualan mereka terhenti apabila papa memberitahu bahawa Rasylan menelefon Julia.
Julia yang pada mulanya enggan menjawab panggilan tersebut dinasihati papa supaya
menyelesaikan masalah antara mereka secepat mungkin. Rasylan mengajak Julia keluar
tetapi Julia menolak.
Selesai sembahyang maghrib, Julia dan pap ke bilik mama. Tanpa disangka, mama
membuka matanya, menggerak-gerakkan jarinya dan mulutnya kelihatan terkumatkamit
seolah-olah cuba mengucapkan sesuatu. Papa dan Julia berasa gembira dengan
perkembangan mama. Namun, kemunculan Aisyah menghairankan mama. Papa
memperkenalkan Aisyah kepada mama dan menerangkan bahawa dia merupakan isteri
keduanya.
Mama sukar untuk menerima kenyataan tersebut. Dalam tangisannya, dia
menghembuskan nafas yang terakhir. Papa tidak dapt menahan air matanya atas
pemergian mama. Bagi Julia, papa betul-betul telah tewas akibat kehilangan isteri
kesayangan.
Download a Powerful Multimedia Software
16 years ago