folio Warisan Kesenian Permainan Tradisional

Warisan Kesenian: Permainan Tradisional

Permainan tradisional juga merupakan seni dan budaya masyarakat kita tapi ianya semakin dilupakan oleh masyarakat terutama golongan remaja. Dibandar-bandar contohnya, permainan tradisional semakin dilupakan ada diantaranya pula tak tahu apakah jenis permaianan tradisional itu. Pekara ini amat menyedihkan. Kerana ia merupakan adat resam masyarakat kita. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah banyak mengusahakan pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan lagi seni dan budaya dalam permainan tradisional. Contoh yang boleh kita lihat ialah Festival Gasing Malaysia yang akan dianjurkan setiap tahun. Didalam Penganjuran Program Merakyatkan Seni dan Budaya juga terdapat beberapa aktiviti yang disisipkan berbentuk permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing dan sebagainya. Semoga Usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berjaya dalam memartabatkan seni dan budaya permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.



Contoh: 



batu seremban

congkak

dam harimau

dam panjang

sepak bulu ayam

ketuk keli

galah panjang

ketingting



Tiga contoh dan penerangan:



1. Gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. 

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.





gambar

2. Congkak

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. 
gambar

3. Galah Panjang



Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

gambar

______

Kepentingan Warisan Kesenian


1. Perpaduan kaum

Bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Contohnya setiap kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan kesenian. Oleh itu, setiap kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain. Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu sama lain.

2. Peluang Kerjaya

Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Contohnya sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan diri.

3. Industri Pelancongan 

Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarik pelancong tempatan dan luar negara. Contohnya kesenian seni kraf seperti batik, ukiran kayu, labu sayung, anyaman dan songket. Pelancong juga tertarik dengan kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, dan ulik mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari meberikan pulangan pendapatan kepada para penggiat seni.

_____________

Memperkenalkan Warisan Kesenian

1. Pertandingan Aktiviti Kesenian

Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan kesenian. Contohnya pertandingan tarian singa, tarian kuda kepang, seni kraf dan seni mempertahankan diri.

2. Pameran Kesenian 

pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang ramai mengenali warisan kesenian tersebut.

3. Persembahan Kesenian 

Persembahan kesenian membolehkan masyarakat mengenali, mempelajari dan menghayati pelbagai arisan kesenian negara. Contohnya persembahan drama dan teater. Selain itu, perarakn Citrawarna Malaysia menonjolkan kesenian muzik dan tarian.

4. Kursus Kesenian

Kursus kesenian diadakan untuk memupuk minat generasi muda mendalami pengetahuan dalam bidang seni. Contohnya kursus seni tari, seni drama, seni kraf dan seni mempertahankan diri. Kursus tersebut dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, institusi kebudayaan daerah dan negeri.

5. Media Massa

Media massa seperti televisyen dan akhbar menyiarkan dokumentari, pertandingan dan persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat dapat mengetahui dan mengenali bidang kesenian tersebut.

__________

Mengekalkan Warisan Kesenian

Cara-cara mengekalkan warisan kesenian
1) Kuat Kuasa Undang-Undang
- Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.


2) Pendokumentasi
- Usaha pendokumentasi bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.


3) Pendidikan
- Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.


4) Mengadakan Kursus Kesenian
- Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapat menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian
_________

Refleksi

Saya berasa sungguh gembira dan puas hati kerana berjaya menyiapkan folio ini. Maklumat-maklumat telah didapati daripada buku log Kajian Tempatan, buku teks dan beberapa buah laman web.

7 comments:

cInDy said...

Great job

Anonymous said...

nak gambar permainan nie boleh tak???

Mohd Azmi Bin Juma'at said...

MCM MANA HENDAK MENCARI ISI BERKAITAN KESENIAN??

Anonymous said...

aku pun nak gambar permainan ni gak!!!coz aku kena buat folio tentang warisan kesenian

Anonymous said...

aku stuju ngan cadangan korang brdua....aku pun nak gmbr permainan tradisional gak....agak-agaknyer mane pnulis blog ni nk dpt???tapi klau dh dpt ambik gmbr banyak2 eyrh

Anonymous said...

GOOD JOB

Unknown said...

YUP GOOD JOB

Post a Comment