new song one republic all the right move

kelakar at the best

ade seorang pemuda pergi meminta derma di sebuah rumah


pemuda assalamualaikum

bdak kecil waalikummussalm

pmuda pemuda maka ade

bdak kcil xde mak gi pasar

pmuda adik ade benda nak derma

bdak kcil untuk siapa

pmuda untuk rumah kebajikan orang tua2

bdak kcil kejab sya ambil atuk sya

pemuda ......

cerita semasa kecil sara papadom

hendak mohon ke asrama penuh tingkatan 4 SBP

susah nak jumpa LINK permohonan SBP tingkatan 4 usah risau kerana BLOG INI ada link ke SBP TINGKATAN 4


sila klik di link ini sekolah asrama penuh SBP

name of allah have in world




name of allah have during shunami happen

 


name of allah at sky 



name of allah at fire 


name of allah at the little lamb


Undergoing MyBlogLog Verification

folio Geografi 2009

minta maaf folio ni x complete 


Objektif kajian saya ialah : 

1. Untuk mengakaji jenis-jenis kegiatan ekonomi di kawasan saya dan negara Thailand. 

2. Untuk mengkaji sumbangan kegiatan ekonomi kepada Negara. 


3. Untuk mengkaji kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar. 

4. Untuk mengkaji langkah-langkah bagi mengurangkan kesan kegiatan ekonomi kepada alan sekitar. 


Kawasan kajian saya ialah kawasan Bintong. Kawasan ini mempunyai kegiatan okonomi pertanian dan perikanan ikan air tawar. Antara kegiatan yang dijalankan ialah seperti sawah padi, penanaman buah-buahan dan menternak ikan air tawar. 

Kawasan kajian ini terletak lebin kurang 3 kilometer ibu negeri Perlis. 

Dalam kajian yang telah dilakukan oleh saya, antara kaedah-kaedah yang telah digunakan ialah : 

1. Pemerhatian. Saya telah melawat kawasan kajian saya bersama-sama keluarga saya 
untuk melihat kegiatan jenis-jenis ekonomi kawasan tersebut. 

2. Temu bual. Saya juga sempat untuk menemu bual beberapa orang penduduk di 
kawasan Bintong bagi mendapatkan maklumat-maklumat penting. 

3. Soal selidik. Saya telah membuat soal selidik di kawasan perumahan saya serta 
penduduk-penduduk kampung berdekatan. 

4. Rujukan. Saya telah membuat banyak rujukan pada buku teks Geografi tingkatan 3, 
contoh folio tingkatan tiga tahun lepas, internet, buku ilmiah dan sebagainya. 

Jenis-jenis kegiatan ekonomi 

Setelah selesai melakukan kajian tentang kegiatan ekonomi. Saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis kegiatan okonomi di kawasan kajian saya. Antaranya ialah : 

Kawasan Bintong 

1. Pertanian. Kegiatan ekonomi pertanian ini melibatkan aktiviti seperti 
menanam padi, menanam buah-buahan seperti mangga, cili, sayur-sayuran dan 
sebagainya. 

2. Perikanan. Kegiatan ekonomi perikanan dikawasan ini ialah perikan ait tawar. Antara ternakanya ialah ikan tilapia merah, keli, haruan, selat, kap merah dan sebagainya. 

3. Perkhidmatan. Kegiatan ekonomi perkidmatan dikwasan ini ialah seperti pelancongan, pegangkutan dan perhubungan, kewangan dan perbankan, dan pendidikan 

Negara Thailand 

1.Sumbangan kegiatan ekonomi terhadap kawasan kajian Kawasan Bintong 

Antara sumbangan kegiatan ekonomi di kawasan ini adalah : 

1.Peluang pekerjaan. 
Ia telah menyediakan peluang pekerjaan yang benyak dalam 
sektor pertanian seperti pesawah padi, pekebun, penternak ikan. Di samping itu ia juga menyediakan peluang pekerjaan dalam sektor perkidmatan kepada sesiapa yang mempunyai taraf pendidikan yang tinggi seperti guru, pegawai bank, dan sebaginya. 

2.Pendapatan. 
Kawasan ini juga membantu dalam pendapatan Negara dalam ekonomi pertanian seperti mengekspot padi, sayur-sayuran dan sebasgainya. 

3.Kemudahan infranstuktur. 
Kawasan ini dapat pelbagai keudahan infranstruktur seperti sekolah, universiti dan banyak lagi. 

Negara Thailand 
Antara sumbangan kegiatan ekonomi terhadap Negara ini adalah : 
1 Peluang pekerjaan. 
2. Pendapatan. 

Kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar 
Kawasan Bintong 
Antara kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap kawasan ini ialah : 
1.Pencemaran. 
Kegunaan racun perosak serangga untuk di sawah padi, ladang-ladang, dan kebun-kebun sayuran menyebabkan banyak bahan-bahan bahaya terbebas ke udara. Disamping itu pebakaran jeramit padi menyebabkan pencemaran udara. Ini berlaku apabila tiba musim menuai padi dijalankan. 

2.Penipisan ozon. 
Pelepasan CFC ke udara menyebabkan penipisan ozon. Ini disebabkan kebocoran saluran penghawa dingin di tempat-tempat tertentu seperti di sekolah, bank, dan sebagainya. 

3.Kepupusan sumber. 
Penebangan hutan dijalankan untuk membangunkan kawasan dalam sektor perkhidmatan menyebabkan kepupusan sumber berlaku 

Negara Thailand 
Antara kesan-kesan kegiatan ekonomi terhadap Negara ini ialah: 

1.Pencemaran. 
Kegunaan racun perosak serangga yang banyak untuk pertanian menyebabkan banyak sisa-sisa racun atau bahan kimia mengalir ke sungai. Pertambahan kenderaan-kenderaan menyebabkan banyak asap di bebaskan ke udara terutamanya asap hitam. 

2.Pulau haba. 
Pembangunan yang pesat seperti pembinaan banyak banggunan pencakar langit menyebabkan berlakunya pulau haba. 

3.Kepupusan sumber. 
Penebangan hutan yang dilakukan untuk pembinaan kawasan pelancongan menyebabkan kepupusan flora dan fauna. 

4.Hakisan tanah. 
Penebangan pokok-pokok dikawasan tinggi menyebabkan hakisan tanh berlaku. 

RUMUSAN 
Setelah selesai melakukan kajian saya telah dapat mengenal pasti beberapa jenis 
kegiatan ekonomi yang dijalankan seperti pertanian,perkhidmatan dan perikanan. Di samping itu saya telah mengenal pasti sumbangan kegiatan ekonomi seperti peluang pekerjaan, pendapatan kepada negara, dan sebagainya. Saya juga telah mengenal pasti kesan-kesan kegiatan ekonomi seperti kesan rumah hijau, penipisan lapisan ozon, dan pencemaran. Akhir sekali saya juga telah mengenal pasti langkah-langkah untuk mengurangkan kesan kegiatan ekonomi terhadap alam sekitar seperti pengurangan penggunaan racun perosak serangga, pembaikkan kebocoran penghawa dingin serta alat-alat yang boleh menyebabkan pelepasan CFC dan pengharaman pembakaran secara terbuka.

folio Warisan Kesenian Permainan Tradisional

Warisan Kesenian: Permainan Tradisional

Permainan tradisional juga merupakan seni dan budaya masyarakat kita tapi ianya semakin dilupakan oleh masyarakat terutama golongan remaja. Dibandar-bandar contohnya, permainan tradisional semakin dilupakan ada diantaranya pula tak tahu apakah jenis permaianan tradisional itu. Pekara ini amat menyedihkan. Kerana ia merupakan adat resam masyarakat kita. Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara telah banyak mengusahakan pelbagai aktiviti bagi mempertingkatkan lagi seni dan budaya dalam permainan tradisional. Contoh yang boleh kita lihat ialah Festival Gasing Malaysia yang akan dianjurkan setiap tahun. Didalam Penganjuran Program Merakyatkan Seni dan Budaya juga terdapat beberapa aktiviti yang disisipkan berbentuk permainan tradisional seperti congkak, batu seremban, gasing dan sebagainya. Semoga Usaha Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara dan agensi di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan berjaya dalam memartabatkan seni dan budaya permainan tradisional supaya tidak pupus ditelan zaman.



Contoh: 



batu seremban

congkak

dam harimau

dam panjang

sepak bulu ayam

ketuk keli

galah panjang

ketingting



Tiga contoh dan penerangan:



1. Gasing

Gasing popular di Semenanjung terutama di Kelantan. Orang dewasa yang memajukan seni permainan ini, bagi kanak-kanak lebih gemar dengan gasing Melayu dan Cina, kerana saiz yang kecil dan mudah dipermainkan. 

Jenis gasing yang terdapat di Malaysia termasuk gasing jantung, gasing piring atau leper, gasing kelamar, gasing telur, gasing berembang, gasing Melayu, gasing Cina, gasing buku benang dan gasing pinang.

Gasing dimainkan dengan dua cara, iaitu sebagai gasing pangkah atau gasing uri. Gasing pangkah, dimainkan dengan melemparkannya supaya mengetuk gasing lawan. Gasing uri dipertandingkan untuk menguji ketahanannya berpusing.Gasing pinang dimainkan oleh kanak-kanak. Buah pinang muda dikupaskan sabut dan kulitnya, dipangkaskan bahagian atas dan bahagian bawahnya, kemudian dicucukkan lidi buluh melalui pulurnya menjadi paksi serta pemegang gasing itu. Gasing ini boleh dilagakan atau diurikan.Untuk memusingkan gasing, tali setebal 1.75 cm dan sepanjang 3 hingga 5 meter dililitkan pada jambulnya hingga meliputi seluruh permukaan gasing. Kemudian gasing itu dilemparkan ke atas tanah dan serentak dengan itu tali yang melilit jambuhnya direnggut.





gambar

2. Congkak

Congkak sejenis permainan tradisional Melayu yang menggunakan papan kayu berlubang atau lubang di atas tanah dan buahnya daripada biji congkak, biji getah, biji guli dan lain-lain. Di utara semenanjung ianya dipanggil juga Jongkok.Permainan ini telah wujud sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi, tetapi tidak pasti asalnya, samada pengaruh luar telah datang bersama pedagang atau sememangnya telah dicipta oleh orang Melayu ketika itu.

Dua orang pemain duduk berhadapan menghadap papan congkak, dimulakan dengan kedua-dua pemain serentak mencapai buah di kampung masing-masing dan memasukkan buah satu demi satu di dalam lubang kampung dengan pergerakan dari kanan ke kiri hingga ke rumah dan kampung lawan.Gerakan diteruskan hingga buah yang terakhir pada tangan dimasukkan dalam kampung kosong di kawasan sendiri atau lawan dan pemain hendaklah berhenti, sekiranya buah itu jatuh atau mati di kampung sendiri. Pemain itu boleh menembak kampung lawan yang setentang dengan kampungnya iaitu mengaut kesemua buah (jika ada) di dalam kampung tersebut.Pihak lawan mengambil giliran meneruskan permainan hingga buahnya mati. Sekiranya buah terakhir jatuh di dalam rumah sendiri, pemain boleh meneruskan permainan dengan mengambil buah yang masih banyak di mana-mana kampung sendiri. Sekiranya buah terakhir jatuh di kampung kosong pihak lawan, maka permainan itu mati di situ sahaja dan pihak lawan boleh memulakan permainan seterusnya hingga mati.Setelah tamat pusingan pertama, setiap pemain mengisi semula kampung dengan buah congkak dan jika ada kampung yang tidak cukup buah, ia dianggap terbakar. Kampung ini tidak boleh diisi apabila bermain pada pusingan yang kedua, ketiga dan seterusnya hingga pihak lawan mengaku kalah. 
gambar

3. Galah Panjang



Permainan tradisional yang dimainkan diluar rumah. Permainan ini bukan sahaja dimainkan oleh kanak-kanak sahaja tetapi sebagai pertunjukan di pesta-pesta kebudayaan kadangkala dipertontonkan untuk pelancong oleh golongan dewasa.
Permainan ini tidak dimainkan secara individu, tetapi dengan dua kumpulan. Terdiri dari kumpulan penyerang dan kumpulan bertahan. Setiap kumpulan mempunyai pemain tidak kurang dari seramai empat orang dan kebiasaannya terdiri dari sepuluh pemain sahaja.
Salah seorang dari ahli kumpulan itu akan dilantik sebagai ketua dan lainnya adalah sebagai awak-awak sahaja. Tugas ketua kumpulan adalah sebagai mengawasi setiap penyerang yang masuk dan keluar dari gelanggang, iaitu disepanjang garisan permulaan, garisan tengah dan garisan disekeliling gelanggang. Manakala awak-awak hanya menjaga garisan melintang di dalam gelanggang.
Sebelum permainan dimulakan undian secara wan tu som dijalankan oleh kedua-dua ketua pasukan. Siapa yang menang akan menjadi pasukan penyerang. Penetapan pengiraan bertukar giliran akan ditentukan terlebih dahulu, samada hanya dengan cuitan ke badan pemain atau dengan menangkap pemain.

Sejurus sebelum permainan dimulakan, ketua pasukan penyerang akan menepuk tangan ketua pasukan bertahan di petak kepala gelanggang. Ini menandakan permainan sudah dimulakan dan awak-awak boleh mula menyerang, samada secara individu atau beramai-ramai.
Setiap pemain hendaklah melepasi semua garisan hingga ke garisan belakang sekali dan kembali semula hingga ke garisan hadapan tanpa dapat dicuit oleh pasukan bertahan. Jika salah seorang dapat dicuit oleh pasukan bertahan maka pasukan itu dikira mati. Pertukaran kedudukan akan dilakukan iaitu pasukan yang bertahan akan jadi pasukan penyerang dan sebaliknya.

gambar

______

Kepentingan Warisan Kesenian


1. Perpaduan kaum

Bidang kesenian dapat menyatupadukan masyarakat berbilang kaum di negara kita. Contohnya setiap kaum mengambil bahagian dalam sesuatu persembahan kesenian. Oleh itu, setiap kaum dapat mengenali dan memahami bidang seni kaum lain. Mereka juga dapat berinteraksi mesra antara satu sama lain.

2. Peluang Kerjaya

Bidang kesenian menawarkan pelbagai peluang pekerjaan kepada masyarakat. Contohnya sebagai ahli muzik, pelakon, pereka seni kraf, kareografer dan jurulatih seni mempertahankan diri.

3. Industri Pelancongan 

Kepelbagaian dan keunikan warisan kesenian menarik pelancong tempatan dan luar negara. Contohnya kesenian seni kraf seperti batik, ukiran kayu, labu sayung, anyaman dan songket. Pelancong juga tertarik dengan kesenian seperti makyung, wayang kulit, dikir barat, dan ulik mayang. Hasil jualan barangan seni kraf dan bayaran persembahan seni tari meberikan pulangan pendapatan kepada para penggiat seni.

_____________

Memperkenalkan Warisan Kesenian

1. Pertandingan Aktiviti Kesenian

Penganjuran pertandingan aktiviti kesenian dapat memupuk minat generasi muda terhadap warisan kesenian. Contohnya pertandingan tarian singa, tarian kuda kepang, seni kraf dan seni mempertahankan diri.

2. Pameran Kesenian 

pameran kesenian diadakan di dalam dan di luar negara. Pameran ini membolehkan orang ramai mengenali warisan kesenian tersebut.

3. Persembahan Kesenian 

Persembahan kesenian membolehkan masyarakat mengenali, mempelajari dan menghayati pelbagai arisan kesenian negara. Contohnya persembahan drama dan teater. Selain itu, perarakn Citrawarna Malaysia menonjolkan kesenian muzik dan tarian.

4. Kursus Kesenian

Kursus kesenian diadakan untuk memupuk minat generasi muda mendalami pengetahuan dalam bidang seni. Contohnya kursus seni tari, seni drama, seni kraf dan seni mempertahankan diri. Kursus tersebut dianjurkan oleh institusi pengajian tinggi, institusi kebudayaan daerah dan negeri.

5. Media Massa

Media massa seperti televisyen dan akhbar menyiarkan dokumentari, pertandingan dan persembahan warisan kesenian. Oleh itu, masyarakat dapat mengetahui dan mengenali bidang kesenian tersebut.

__________

Mengekalkan Warisan Kesenian

Cara-cara mengekalkan warisan kesenian
1) Kuat Kuasa Undang-Undang
- Kerajaan telah menggubal Akta Warisan Kebangsaan 2005. Melalui akta ini, beberapa bidang kesenian didaftarkan sebagai warisan negara. Oleh itu, sesuatu warisan kesenian akan dilindungi dan dipelihara melalui undang-undang tersebut.


2) Pendokumentasi
- Usaha pendokumentasi bidang kesenian dilakukan oleh Jabatan Warisan Negara, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan (KeKKWa). Pendokumentasian dilakukan dalam bentuk rakaman audio, visual dan penulisan buku. Usaha ini membolehkan para pengkaji membuat rujukan dan penyelidikan.


3) Pendidikan
- Banyak bidang kesenian diajar di institusi pengajian tinggi tempatan. Para pelajar diberi pendedahan, ilmu pengetahuan dan kemahiran dalam bidang kesenian. Antara institusi tersebut ialah Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (ASWARA), Universiti Malaya, Universiti Teknologi MARA, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Institut Kraf Negara.


4) Mengadakan Kursus Kesenian
- Dengan mengadakan kursus kesenian dapat menarik minat generasi muda untuk mempelajari warisan kesenian yang terdapat di negara ini. Dengan ini, ia dapat menyebarkan kepada orang ramai dan ia boleh mengekalkan warisan kesenian
_________

Refleksi

Saya berasa sungguh gembira dan puas hati kerana berjaya menyiapkan folio ini. Maklumat-maklumat telah didapati daripada buku log Kajian Tempatan, buku teks dan beberapa buah laman web.

gambar untuk folio sejarah 2009


Antara penemuan tapak arkeologi Kota A Famosa


Antara penemuan tapak arkeologi Kota A Famosa

Peta kedudukan Kota A Famosa



Pandangan dari depan Kota A famosa

panduan membuat folio sejarah 2009


1. Penghargaan
Penghargaan kepada:

a) Guru – sebutkan nama penuh
nyatakan sebab-sebab memberikan penghargaan kepadanya.

b) Ibu bapa – perlu sebut nama
Nyatakan sebab-sebab memberikan penghargaan kepada mereka.

c) Rakan-rakan - perlu sebut nama
Nyatakan sebab-sebab memberikan penghargaan kepada mereka.

d) Orang sumber - sebutkan nama penuh
Nyatakan sebab-sebab memberikan penghargaan kepada orang sumber tersebut.
Institusi

2. Objektif Kajian
a) untuk mengetahui lebih lanjut tentang bangunan bersejarah
b) menguasai teknik membuat kajian
c) berbangga terhadap warisan bangsa 
d) mengumpul dan menyimpan maklumat berkaitan bangunan bersejarah

3. Kaedah Kajian

a) Kaedah kajian Penyelidikan Perpustakaan 

( huraikan proses pelaksanaan / dapatan daripada proses kaedah)

b) Kaedah Menemu bual Orang Sumber
( huraikan proses pelaksanaan / dapatan daripada proses kaedah)

c) Kaedah Melayari internet
( huraikan proses pelaksanaan / dapatan daripada proses kaedah)


d) Kaedah Melawat tempat kajian
( huraikan proses pelaksanaan / dapatan daripada proses kaedah)

e) Kaedah Pemerhatian
( huraikan proses pelaksanaan / dapatan daripada proses kaedah)

4. Hasil Kajian (1)

Nama Bangunan : Kota A Famosa / Kota Melaka
L/Belakang
Asal-usul
Pengasas ( sekiranya ada )
Tarikh pembinaan

5. Hasil Kajian (2)
Lokasi
Tujuan Penubuhan bangunan
Kos pembinaan ( sekiranya ada)
Perasmian ( sekiranya ada )

6. Hasil Kajian (3)
Keistimewaan bangunan : 
Reka bentuk pelan
Bahan binaan
Pengubahsuaian (sekiranya ada)
Hiasan dalaman
Kegunaan dahulu dan sekarang
Cara pembinaan

7. Rumusan
Mengenal warisan tinggalan bangsa- supaya dapat dikekalkan menjadi kebanggaan rakyat
Mewujudkan semangat cinta akan khazanah Negara – supaya sama-sama memelihara warisan ini agar kekal selama-lamanya
memberikan kesedaran kepada generasi muda – agar menyedari bahawa bangunan bersejarah mempunyai nilai yang tinggi
sebagai pengajaran agar negara kita tidak akan dijajah lagi pada masa yang akan datang.

folio sejarah tingkatan 3 2009

PENGHARGAAN.
Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada guru mata pelajaran Sejarah saya iaitu Puan XXX kerana telah memberi tunjuk ajar dan bimbingan beliau dalam menjalankan Kajian Kursus Sejarah ini. Ucapan terima kasih juga saya tujukan kepada pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan XXX, Puan XXX yang telah membenarkan kami menjalankan kajian ini sehingga selesai.

Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada bapa saya iaitu Encik XXX dan ibu saya Puan XXX yang telah banyak membantu dan sentiasa memberi dorongan, galakan dan bantuan kewangan sepanjang saya menjalankan tugas ini.

Terima kasih juga kepada mereka kerana telah menjawab segala pertanyaan saya dengan jujur dan ikhlas. Akhir sekali, kepada mereka yang telah banyak membantu secara langsung mahupun secara tidak langsung, sekali lagi saya ucapkan jutaan terima kasih.

Semoga tuhan akan membalas budi baik yang telah anda berikan.

OBJEKTIF KAJIAN
Saya dikehendaki menjalankan satu kajian tentang satu bangunan bersejarah di negara kita. Bangunan yang dipilih oleh saya ialah bangunan Kota A Famosa di Melaka. Kajian saya ini merangkumi objektif-objektif berikut:

a) Mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih —Kajian ini dilakukan secara amnya ialah untuk mengenal pasti sumber-sumber sejarah yang sahih. Ini akan dapat membantu saya membuat satu kajian ilmiah dengan tatacara yang betul, jelas dan tepat.

b)Menambah pengetahuan tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia serta memupuk perasaan bangga terhadap tanah air —Kajian ini dapat menambah pengetahuan saya saya tentang banguanan bersejarah yang ada di Malaysia. Ia juga dapat memupuk perasaan bangga terhadap tanah air dalam diri saya. Kajian ini juga dapat menyedarkan rakyat Malaysia betapa pentingnya bangunan bersejarah di negara kita kerana ianya dapat menyedarkan kita untuk menjaga dan mempertahankan bangsa serta memupuk semangat kekitaan dikalangan rakyat Malaysia.

c)Mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah —Dengan membuat kajian ini, saya dapat mengambil iktibar daripada peristiwa yang berlaku di sebalik bangunan bersejarah tersebut. Misalnya seperti bangunan Kota A Famosa, ianya menyedarkan saya bahawa perpaduan kaum serta bersifat adil, jujur dan amanah amat penting pada diri setiap individu.

d)Menanam semangat patriotisme di dalam diri —Saya juga dapat menanam semangat patriotisme di dalam diri saya dan juga kalangan generasi muda melalui kajian ini.

KAEDAH KAJIAN
Dalam menjalankan kajian ini, saya telah mengunakan beberapa kaedah kajian.
Antaranya ialah :
Melayari internet : Melalui kajian ini saya telah mencari maklumat mengenai bangunan ini dengan melayari internet. Banyak maklumat yang saya perolehi melalui kaedah tersebut. Salah satu laman web yang saya layari ialah Wikipedia. Wikipedia ialah ensiklopedia di dalam internet. Kita boleh mendapatkan banyak maklumat dan fakta-fakta melaluinya dalam pelbagai bahasa. Selain itu, saya juga merujuk kepada buku teks sejarah tingkatan satu. Di dalamnya mempunyai sedikit sejarah tentang Kota A’Famosa.

HASIL KAJIAN
a) Nama bangunan:
Nama bangunan yang saya kaji ialah ‘KOTA A’FAMOSA’. Kota A Famosa bermaksud "Yang Termashur" dalam bahasa Portugis.

i) Nama lain — Fortaleza de Malaca

b) Latar belakang:
ii) Asal usul

Kota A Famosa telah dibina oleh Portugis sebaik sahaja berjaya menawan Melaka pada tahun 1511. A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

— Selepas penawanan portugis

A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis selepas menakluk Melaka pada 1511. Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu, sementara mereka membina kubu utama yang digelar "A Famosa", atau secara rasminya Kubu Melaka (Fortaleza de Malaca). Kota A--Famosa mengambil masa selama 5 bulan untuk di bina. Akibat suhu panas terik dan kekurangan makanan, ramai buruh paksa yang mati ketika membina kota tersebut. Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

Pembinaan kota A Famosa atas arahan Alfonso de Albuquerque boleh dikatakan menjadi lambang penentangan penduduk Melaka masa itu sehinggakan memaksa pihak Portugis membina kota pertahanan sebaik sahaja mereka menguasai bandar Melaka.

Kota A Famosa yang disiapkan mempunyai empat menara, atau ketelom (bastion), dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago.

Menjelang tahun 1583, Melaka telah menjadi bandar berkota yang dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah. A Famosa diperluaskan ke kawasan berhampiran dan meliputi penempatan Eropah. Kawasan itu termasuklah Jalan Kota, Jalan Gereja, Jalan Mahkamah & Jalan Istana.

Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya. Bagaimanapun, kota ini gagal menghalang Belanda pada kurun ke-17. Dengan bantuan rakyat tempatan dan Melayu Johor, serangan telah dilancarkan sebelum Belanda berjaya merampas Melaka.

— Penaklukan oleh Belanda

Kota A Famosa dibina sebegitu kukuh sehinggakan ia membantu Portugis untuk menangkis semua bentuk serangan dari pihak luar. Untuk menakluk Melaka, pasukan Belanda mengepong kota tersebut selama lima bulan, sementara penduduk yang terperangkap di dalamnya terpaksa memakan kucing, tikus, dan dalam satu kes seorang wanita memakan bayinya yang mati.

Akhirnya, pada 14 Januari 1641, pihak Belanda menyerbu melalui Pintu Santo Domingo Gate, yang mengorbankan lebih 7,000 orang akibat tembakan senjata api. Kota A Famosa yang rosak teruk dalam pertempuran telah diperbaiki sementara Porta de Santiago yang merupakan pintu utamanya digantikan dengan logo Syarikat Hindia Timur Belanda.

Selepas menawan kota tersebut, pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satusatunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

— Pentadbiran oleh British
Apabila tentera Napoleon menjajah Belanda (Holland) pada tahun 1795, Putera William of Orange melarikan diri ke London, di mana dia memerintah semua penempatan Belanda untuk menerima tentera British, bagi menghalang mereka dari jatuh ke tangan Perancis.

Akibatnya, pihak British berjaya menguasai semula Melaka pada tahun 1795 tanpa sebarang pertempuran. Selepas menguasai Melaka, pihak British tidak berminat menyimpannya, ataupun membiayai penempatan tentera bagi mempertahankan Melaka yang dianggap milik sementara dan perlu dipulangkan kepada pihak Belanda selepas perang. Sebaliknya meninggalkan kota sekukuh itu tanpa pertahanan yang mencukupi adalah mengundang padah kepada mereka sekiranya ia ditawan oleh pihak musuh.

Tambahan lagi, mereka tidak berminat bagi memulangkan Melaka ke tangan Belanda dengan kotaA Famosa dalam keadaan utuh sebagai saingan kepada penempatan Inggeris di Pulau Pinang dan Singapura.

Dengan sebab itu, Mr. Robert Farquhar iaitu Leftenan Gabenor Pulau Pinang dan juga Gabenor Melaka antara 1803 hingga 1818, telah membuat cadangan bagi memusnahkan kota A Famosa. Beliau menyatakan bahawa penyelenggaraan dan pertahanan kubu tersebut hendaklah dikecilkan dengan dua sebab utama, iaitu hasil yang diperolehi oleh Melaka tidak mampu membantu membiayai kos penempatan tentera 'sepoy' dan pengecilan itu akan dapat membantu memajukan Pulau Pinang dengan memindahkan penduduk Melaka ke Pulau Pinang.

Maka pada awal 1804, beliau dengan tegas mencadangkan agar Melaka dihapuskan dari muka bumi dengan semua penduduk Melaka diarah supaya dipindahkan ke Pulau Pinang dan Kota Famosa dimusnahkan bagi mengelak ia dikuasai oleh pihak lawan. Dengan cadangan tersebut, Kerajaan Inggeris di India mengarahkan Kota A Famosa yang terletak di Bandar Hilir, Melaka dihancurkan. Kerja merobohkan Kota A Famosa bermula pada 10 Ogos 1807.

Pada awalnya dia memerintahkan pesalah untuk merobohkan Kota A Famosa batu demi batu dengan menggunakan pemungkis dan besi penyungkil. Apabila tembok yang sesetengahnya mencecah 4.5 meter kelihatan terlalu kukuh untuk ditanggalkan, dia memutuskan bagi memusnahkan Kota A Famosa dengan menggunakan ubat bedil.

Dia memerintah lubang digali di sekeliling kaki kota dan meletupkan Kota A Famosa, menyebabkan batu sebesar rumah berterbangan dan jatuh ke laut. Hampir kesemua kubu, temboktembok, Hospital Besar, dua tempat menyimpan beras, tempat kediaman dan enam bilik simpanan telah diletup dan diratakan.

Semasa kerja-kerja pemusnahan telah pun berlaku dengan rancaknya, Sir Stamford Raffles, seorang kakitangan kerajaan yang bercuti sakit telah datang ke Melaka atas jemputan William Farquhar. Apabila mengetahui mengenai perobohan Kota A Famosa, beliau telah menulis surat kepada Kerajaan Inggeris di Pulau Pinang dan India dengan menyatakan bahawa pemusnahan Kota Famosa tidak patut dilakukan.

Beliau telah memberi sebab-sebab tertentu, pertamanya jika Inggeris membiarkan Melaka, pihak lain akan mendudukinya, sudah pasti ia akan merugikan Pulau Pinang, kedua Melaka itu sendiri mempunyai nilai sejarah dan mentadbirnya tidak memerlukan perbelanjaan yang banyak, manakala yang ketiga penduduk-penduduk Melaka tidak perlu dipindahkan kerana sebelum Belanda meninggalkan Melaka, Inggeris telah pun memerintahkan penduduk Melaka supaya terus tinggal di situ. Beliau turut menyatakan bahawa Inggeris tidak perlu meninggalkan Melaka hanya kecuali dipaksa. Cadangan Raffles itu telah diterima dengan baik oleh Kerajaan Inggeris tetapi ia sudah terlambat kerana hampir seluruh kota tersebut telah musnah. Pemusnahan Kota 'A Famosa' pada hari ini dalam tahun 1807, telah memusnahkan hampir seluruh kota itu, dan hanya meninggalkan satu pintu kotanya yang dapat dilihat hingga hari ini, iaitu Porta de Santiago.

Pihak British kekal di Melaka sehingga tahun 1818. Apabila berakhirnya peperangan Napoleon, Melaka dikembalikan ke tangan Belanda (tanpa Kota A Famosa). Melaka kekal di tangan Belanda selama tujuh tahun berikutnya, sehinggalah perjanjian London 1824, apabila mereka menukarkan Melaka dengan Bangkahulu (Bencoolen) di Sumatra.

— Penemuan arkeologi
Pada akhir November 2006, sebahagian struktur kota, dipercayai Middelsburgh Bastion dijumpai secara tidak sengaja semasa pembinaan menara berputar 110 meter di bandar Melaka. Pembinaan menara ditangguhkan selepas penemuan tersebut.

Kooperasi Muzium Melaka mensyaki struktur tersebut dibina oleh Belanda semasa pendudukan Belanda ke atas Melaka dari 1641 hingga 1824. Lebih awal lagi pada Jun 2003, menara kawalan digelar Santiago Bastion dijumpai semasa pembinaan Dataran Pahlawan.

iii) Pengasas
Pembinaan kota A Famosa dijalankan atas arahan Alfonso de Albuquerque.

iv) Tarikh pembinaan
A Famosa merupakan kubu yang dibina oleh orang Portugis pada tahun 1511 sebaik sahaja mereka menawan Melaka.

v) Lokasi
A Famosa terletak di Bandar Hilir, Melaka bersebelahan dengan replika Istana Kesultanan Melaka dan Gereja St. Paul. Ia merupakan seni bina Eropah tertua yang masih tinggal di Asia.

vi) Tujuan penubuhan bangunan
A Famosa dibina bertujuan untuk dijadikan kubu pertahanan Melaka. Penjajah Portugis turut menjadikan ini satu penempatan Kristian dengan 5 gereja, tempat beribadat, biara, hospital dan sebagainya.

c) Keistimewaan bangunan

i) Bahan binaan
Bahan bagi membina kota tersebut diambil dari runtuhan masjid dan bangunan lain.

ii) Pengubahsuaian
Pihak Belanda membaiki dan mengubah suai, dan meletakkan jata mereka di atas pintu pagar yang masih kekal sehingga kini pada Porta de Santiago, satu-satunya pintu yang terselamat, dengan ukiran "Anno 1670".

iii) Hiasan dalaman
Kota A Famosa dilengkapi dengan empat menara atau ketelom (bastion) dengan tembok setebal 2.4 meter hingga 4.5 meter. Menara-menara tersebut dikenali sebagai Baluarte San Pedro, Baluerte de las Virgenes, Baluerte Madre de Dios, Baluerte Santo Domingo, dan Baluerte de Santiago. Ia juga dilindungi dengan tujuh puluh meriam di semua arah.

iv) Kegunaan dahulu dan sekarang
Pada zaman dahulu bangunan ini digunakan untuk mempertahankan Melaka. Kini ia dijadikan kawasan tarikan pelancong domestik mahupun antarabangsa.

v) Cara pembinaan
Sebaik sahaja mereka menawan Melaka, Portugis menggunakan buruh paksa untuk membina kubu sementara bagi menangkis serangan orang-orang Melayu.

vi) Pelan kota

RUMUSAN
Saya telah banyak memperoleh maklumat tentang sejarah Kota A Famosa ini yang kian dilupakan masyarakat kini. Oleh itu, saya mesti menghargai dan memelihara warisan dahulu kala kita dan menghargai serta berusaha untuk mengekalkannya. Saya juga telah mempelajari tentang keistimewaan dan keunikan bangunan ini yang dapat menarik minat ramai pelancong asing.

Saya juga dapat menghayati nilai kesabaran, ketabahan, kejujuran dan kerjasama antara rakan -rakan semasa menjalankan dan menyelesaikan kerja kursus ini dengan sempurna. Nilai kerjasama telah membuatkan saya bersama rakan-rakan berganding bahu untuk mencari maklumat tentang tokoh itu.

Kerja kursus ini juga memberi peluang kepada saya untuk menguasai kemahiran membuat penyeledikan dengan tatacara yang betul serta dapat menigkatkan kemahiran berkomunikasi. Selain itu, nilai yang telah saya perolehi ialah keberanian untuk berkomunikasi, memupk sifat menghargai tradisi budaya dan bangsa negara kita. Kini, saya telah mengenali erti tidak putus asa dalam melaksanakan sesuatu tugasan.

LAMPIRAN
Gambar Kota A’Famosa

RUJUKAN
INTERNET: http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa BUKU ILMIAH: Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1 MELAWAT KE TEMPAT KAJIAN : Lawatan bersama keluarga ke tempat kajian pada 22 Mac 2009

Esei
Pemeliharaan dan pemuliharaan bangunan bersejarah dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Dewasa kini, kerajaan telah menyarankan agar generasi muda kini dapat menghargai jasa dan pejuang tokoh-tokoh negara ditanah air kita.Oleh itu,kerajaan telah menjalankan berbagai-bagai usaha untuk memelihara dan memulihara bangunan bersejarah agar dengan itu dapat memupuk semangat cintakan warisan bangsa dalam kalangan rakyat Malaysia. Hal ini kerana,aktiviti ini dapat menimbulkan perasaan bangga sebagai rakyat Malaysia. Sebagai contoh,bangunan yang dibina oleh Portugis di Melaka iaitu bangunan Kota A Famosa dapat lagi kita lihat dari dulu hingga sekarang,bangunan itu masih kekal dan tidak berubah. Oleh itu, kita mesti berbangga dengan sejarah negara.Impaknya, masyarakat akan bekerjasama dan tolong-menolong untuk mempertahankan bangunan-bangunan bersejarah ini. Bangunan bersejarah di negara kita ini banyak meniggalkan kesan sejarah yang menarik untuk dikenang seperti bangunan Sultan Abdul Samad yang pernah dijadikan sebagai tempat pengumpulan raja-raja Melayu sewaktu menentang Malayan Union. Peristiwa sedemikian mengingatkan kita bertapa susahnya mereka untuk mempertahankan tanah Melayu ini daripada jatuh ke tangan British. Ini membuatkan kita sebagai rakyat Malaysia lebih menghargai negara kita.Daripada bangunan bersejarah itu kita akan lebih semangat rajin dan gigih untuk menigkatkan diri sebagai rakyat negara yang maju dan cinta akan agama bangsa dan negara serta berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara. Selain itu,melalui aktiviti ini juga akan menimbulkan semangat setia negara dan akan tersemai di jiwa setiap masyarakat.Misalnya tokoh-tokoh negara yang telah mengadaikan nyawa dan harta untuk berjuang habis-habisan untuk memerdekakan tanah air Malaysia yang kita duduki sekarang. Kesimpulannya,kita mesti taat dan setia kepada raja dan pemimpin negara kerana mereka berani dan sanggup mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara.Oleh itu,kita mesti berterima kasih kepada tokoh-tokoh negara dengan cara berusaha untuk terus memelihara dan memulihara bangunan bersejarah tersebut dan yang paling utama ialah bersyukur kepada yang Ilahi iaitu ALLAH S.W.T. kerana telah memberi tenaga untuk berusaha memerdekakan tanah air kita ini.


Senarai sumber 
1) Internet — http://ms.wikipedia.org/wiki/A_Famosa
2) Buku ilmiah — Buku teks Sejarah KBSM tingkatan 1 2

Senarai kandungan
Senarai sumber
Senarai kandungan
Penghargaan
Objektif kajian
Kaedah kajian
Hasil kajian
— Nama bangunan
— Nama lain Latar belakang
— Asal usul
— Pengasas
— Tarikh pembinaan
— Lokasi
—T ujuan penubuhan bangunan
— Keistimewaan bangunan
— Bahan binaan
— Pengubahsuaian
— Hiasan dalaman
— Kegunaan dahulu dan sekarang
— Cara pembinaan
— Pelan kota
Rumusan
Lampiran
Rujukan

teka teki @ the best

Soalan: kapal layar gi kat utara,asap kapal layar gi kat maner?
Jawapan : kapal layar mner ad asap...hahaha



Soalan: Dalam banyak-banyak haiwan,haiwan ape yang paling gatal??drpd acap
Jawapan : Kangaroo la sebab asyik nak kan(garu)



Soalan: kenapa anjing kalau lari tgok belakang?
Jawapan : sebab anjing x de side mirror


Soalan: byk2 lubang..lubang apew xlehh ttp...kuukaakuu...
Jawapan : lubang hdung..


Soalan: negara apa yang banjir dulu pas2 baru hujan???
Jawapan : negara Bahrain


Soalan: naper owang naik teksi x bayar duit dulu? from:the aizat stopper
Jawapan : sbb duit dulu dh x laku



Soalan: dlm bnyk2 haiwan haiwan apa yg blh slmtkan haiwan lain?
Jawapan : wonderpets la...



Folio batik 2009


Sejarah

Batik merupakan satu bidang kraftangan yang unggul di Malaysia. Sejak abad ke 15 Masihi lagi manusia telah menemui kaedah pembuatan batik secara tradisional. Pada masa dahulu, masyarakat Melayu menggunakan ubi kentang sebagai alat pengecap tetapi kini kain batik telah diusahakan dengan menggunakan alat-alat moden. Batik mula diperkenalkan di negara kita khususnya di negeri Kelantan sejak tahun 1910 lagi. Batik berasal dari Indonesia dan terbit dari perkataan Jawa 'tik' yang bermaksud menitik atau menulis titik-titik. Ambatik pula bermaksud melukis, menulis, mewarna atau menitik. Di alam Melayu, sejenis batik yang dipanggil Batik Pelangi telah diperkenalkan sejak tahun 1770-an lagi. Di Malaysia kebanyakan kilang perusahaan batik banyak terdapat di Kelantan dan Terengganu.

untuk maklumat lanjut sila klik link (batik)

football top 20 rising star




20. Thiago Silva (free agent, joining AC Milan in June)

The 24-year-old, converted to centre back after being a utility man, left Fluminese last year. Rebuilt his career after failing to make an impact in previous European spells and will be at the San Siro next season after appearing at the Olympics as an overage player.

19. Mario Balotelli (Inter Milan)

This 18-year-old Italy under-21 striker, born in Sicily to Ghanaian parents, made his Inter first-team debut at the end of 2007 and is highly-rated though has struggled for action under Jose Mourinho.

18. Angel Di Maria (Benfica)

An Arsenal target in 2007, the 20-year-old Argentina midfield player with a headline-friendly name scored the winner in the Olympic final last year and is one of Chelsea’s key transfer targets for the summer.

17. Adam Johnson (Middlesbrough)

Surprisingly linked with Real Madrid last month – he’s not quite ready for them yet - the 21-year-old has the potential to be Teesside’s new wing wizard if and when Stewart Downing moves on.

16. Diego Buonanotte (River Plate)

The tiny 20-year-old attacking midfield player with excellent dribbling ability featured in Argentina’s Olympic gold medal-winning side last year and has become a key figure at his club.

15. Sofiane Feghouli (Grenoble)

Dubbed the “new Zidane”, along with half the teenage midfield players in France, the 19-year-old Parisian has apparently come to the notice of Liverpool, Chelsea, Manchester United and Blackburn Rovers.

14. Ezequiel Lavezzi (Napoli)

The Argentina forward is reportedly interesting Chelsea but his club this month said they are determined to hang on to the 23-year-old, who is viewed in Naples as one of the club’s brightest stars since Diego Maradona.

13. Steve Mandanda (Marseilles)

The Kinshasha-born goalkeeper had an unsuccessful trial at Aston Villa in 2007, but since he became first-choice at the Stade Velodrome he has gone from strength to strength and is now between the posts for France.

12. Marek Hamsik (Napoli)

A Slovakia international, the 20-year-old goalscoring midfield player moved from Slovan Bratislava to Brescia in 2004, then to Napoli in 2007 and is highly popular. When his watch was stolen last month, fans tracked down the thieves and recovered it.

11. Carlos Eduardo (Hoffenheim)

European scouts had kept tabs on this Gremio left-sided midfield player as a teenager, but it was to little Hoffenheim that he moved for €8 million in 2007. He is now 21 and Hoffenheim are shock contenders for the Bundesliga title.

10. Claudio Marchisio (Juventus)

A Turin-born Juve youth product long hailed as one of Italy’s brightest talents, the 22-year-old has shown this season that he is capable of dominating central midfield.

9. Fabio Da Silva (Manchester United)

His twin Rafael, has already caught the eye at right back this season and the word from Old Trafford is that Fabio, 18, is just as exciting – though he is yet to make his United debut given Patrice Evra’s excellence at left back.

8. Jozy Altidore (Villarreal)

Strong, quick and a good finisher, the New Jersey-born striker is the hottest property to come out of Major League Soccer since Freddy Adu. Altidore made a big-money move to Spain last summer.

7. John Fleck (Rangers)

The nephew of the former striker, Robert Fleck, he became the youngest player to feature in a Scottish Cup final last May and is a 17-year-old attacker with prodigious talent who has generated plenty of buzz.

6. Jack Wilshere (Arsenal)

Of all Arsenal’s adolescents, this Stevenage-born 17-year-old midfield player is perhaps the most exciting, and he has already featured in two Champions League games this season.

5. Douglas Costa (Gremio)

The new Ronaldinho? The new Anderson? Either way, this skilful 18-year-old midfield player attracted the attention of Manchester United and Real Madrid last autumn despite making just a handful of appearances. His buy-out clause is 21 million GBP.

4. Radamel Falcao Garcia (River Plate)

The 22-year-old Colombia striker, named after the former Brazil star, Falcao, is quick, lethal and two-footed and leading European sides are eyeing up this potential star.

3. David Silva (Valencia)

A Liverpool and Barcelona target last summer after he starred for Spain at Euro 2008, the diminutive winger, just turned 23, has fabulous skills and a determined character.

2. Karim Benzema (Lyons)

Lyons placed a 100 million Euro price-tag on this academy product to deter the hordes of bigger clubs eyeing up the 21-year-old France striker, who has few weaknesses in his game and is a bona fide superstar in the making.

1. Hernanes (Sao Paulo)

Perhaps the most-hyped South American prospect of last year, the hugely-talented 23-year-old Brazilian is an attacking midfield playmaker, leading to inevitable Kaka comparisons. How long before he moves to Europe?

sourse (times)

cerita kelakar@the best( bab 1)

ketawa@the best

cikgu inggeris ni pompuan cikgu:today we learn about words. amin,can u give me 5 words? amin:(hanya menggeleng) cikgu:its ok,tomorrow i want the 5 words.u go back n find it. sesampai amin di rumah,amin terus bertanya kepada ibunya yang sedang memasak di dapur amin:ibu,td kat sekolah cikgu suruh cr 5 perkataan bahasa inggeris ibu:ah..simple je.. amin:ok(terus berlalu) ibunya kebingungan.. amin bertanya plak kpd ayahnya.pd masa itu ayahnya sedang tonton tv. amin:ayah.bg 1 ayat inngeris ayah:shut up! amin tanya kaknya plak. kakak:bestnyer..(tgh ckp tpo) pastu tny abang plak. abang:i dont care..(sembang ngan kawan. pastu amin nampk siti ngan ali bergaduh. siti:lady's first!! amin:em,settle pun. DI SEK ckg:amin give me the 5 words. amin:simple je.. ckg:ok,tell us what the word you have amin:shut up!! ckg: why you so rude tdy?iwill take you to the dicipline teacher amin:bestnyer.. ckg:what?ooh,my god.amin follow me amin:lady's first. amin terus duduk. ckg:dia ni phm ke tak?(dalam hati)

Teka teki (bab 2)

bila bas berhenti,apa yang turun dahulu?

jawapan meter la

Teka teki (bab 1)

Soalan: bunga ape kalau kite siram mati?

jawapan bunga api

Did you know ?


How many kind insects are there ?

What do most people think of when you mention 'insects'? Well, they may think of pets, such as
flies, mosquitoes, moths, and beetles. Or they may think of ants and bees and wasps; and attractive insects like butterflies. And then if you ask if they can think of any other insects, they might be able to think of a few more.

But do you know how many different kinds of inscets there actu
ally are? There are somewhere between two and four million different kinds of insects!

Scientists have actually described in scientific language as many as 625 000 different kinds. They practically have no hope of ever being able to classify every single kind of insect that exist.

When it comes to trying to estimate how many insects are living in the world today, the number is so vast that the human mind cannot imagine it! The only way scientists can even begin to count the insect population in any one area is to count insects that can be found in and on a square metre of rich, moist soil.



Remember that if you, who are untrained in observing insects, were to go over this hectare and count insects, you would see only an occasionally butterfly, bumblebee, or beetle.

But the majority of insects are so small that the human eye does not readily notice them. Many are microscopic. And there are only a few thousand insects of all those that exist that become annoying enough to man for him to control them.sourse (my science book)

Did you know ?


How did swim start?

Man does not swim naturally, as certain animals do. He has had to learn how to swim.

Originally, man must have learned to swim by watching animals that swim by instinct. Early man probably had to learn how to swim in order to survive under certain conditions.

The first effort man made to swim imitated a dog. Such a stroke has always been known as the ‘dog paddle’. But then man wanted to find a way of swimming that gave him more buoyancy and an opportunity to coordinate the motions of the arms and legs.

So more than two thousand years ago he developed the method of swimming known as the breast stroke. This stroke is still used by many people for restful distance swimming in rough open water.

Swimming was rated highly in the days of ancient Greece and Rome and was used as part of the training of warriors.

Did you know ?


How the new flowers grow?

Every living thing has some means of reproducing itself. In flowers, the process takes place as follows:

A typical flower has four main parts. There is usually a green outer cup made up of leaflike sepals. Within the sepals are the petals. Within the petals are the reproductive organs necessary for producing seeds.

In the very centre of the flower are one or more pistils. Around the pistils ia a ring of stamens. The pistil is the female part of the flower. The bottom of it is enlarged and is called the ovary.

Inside the ovary are little round ovules, which later become seeds. But they become seeds only if they are fertilized by the contents of a pollen grain.



Pollen grains are produced by the stamens, the male organs of the flower. If seeds are to form, the pollen grains must go through the top of the pistil and reach the ovules at the bottom. The top of the pistil is called the stigma.

Pollen grains first fall on the stigma. They absorb moisture there from the sugary liquid on the surface. Then they swell and grow. The grain pushes down and becomes a tube.

The tube keeps growing down through the stalk of the pistil, then through the wall of the ovary, and then into an ovule.

The contents of the tube then empty into the ovule and fertilize it. Many pollen tubes may grow down to an ovary at the same time. Each tube will enter and fertilize a single ovule.

Only pollen from the same kind of plant will grow tubes and reach the ovules. The part of the stamen that produces pollen is called the anther.

The transfer of pollen from another to stigma is called pollination. If it takes place in the same flower, it is called self-pollination. If the pollen goes to a flower on a different plant of the same kind, it is called cross-pollination.

Cross-pollination of flowers is done by the wind, by insects, by birds, and by certain animals. Later on, the seeds that develop also have to be carried to a place where they can take root and grow into flowers.Sourse(my science book)